Kecoh sejak semalam di media sosial apabila peniaga yang berniaga menerusi platform TikTok Shop mendakwa wang dalam akaun TikTok mereka ‘lesap’ sehingga puluhan ribu ringgit.
Perkongsian yang dibuat menerusi Facebook ini telah membuatkan peniaga-peniaga serta pengguna TikTok lain panik dan hairan mengetahui platform tersebut yang secara tiba-tiba ‘mengambil’ wang tanpa pengetahuan pengguna.
Baca Juga:
- TikTok Dikesan Songlap Duit Derma, Eksploitasi Mangsa Pelarian Syria Untuk ‘Livestream’
- ‘Content Creator’ Dari Malaysia Akui Jana Pendapatan Sehingga RM12,000 Sebulan Di TikTok
Menerusi perkongsian Facebook Iekaa Mustapha, beliau memaklumkan terdapat peniaga yang kehilangan sehingga RM20,000 berikutan TikTok mengenakan caj free shipping kepada peniaga menerusi barangan yang telah terjual sejak dua atau tiga bulan terakhir.
Seramnya duit tiktokshop hilang. Sebabtu korang jangan simpan duit income & commission lama lama dalam account tiktok. Make sure terus simpan dalam personal account. pic.twitter.com/SJHRFjH5UZ
— ain | #casingcantikcasesbyazza (@syazaaing) October 26, 2022
Menerusi luahan yang dikongsikan pihak peniaga yang dianiaya, ramai yang tidak mengetahui TikTok mengenakan kos penghantaran yang dimaklumkan ‘percuma’ kepada peniaga.
Sementara itu, terdapat dakwaan yang memaklumkan isu kehilangan wang yang berlaku pada akaun peniaga TikTok ini hanyalah sekadar glitch dan bakal dikembalikan semula. Dalam pada itu, setakat ini masih belum terdapat sebarang perkongsian rasmi daripada pihak TikTok terhadap isu yang berlaku.
Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya para peniaga yang mahu berniaga pada sesebuah platform dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat sebaiknya sebelum meneruskan untuk berniaga pada platform tersebut.