Sebut sahaja Eco Shop pasti ramai orang sudah terbayang barangan murah tetapi berkualiti. Mana tidaknya, kesemua barangan di Eco Shop berharga RM2.10 pasti membuat anda keluar kedai dengan tersenyum lebar.

Akan tetapi, kami ingin beritahu satu berita yang pasti buat anda teruja. Eco Shop telah membuka kedai roti iaitu dikenali sebagai Eco Bakery pada 1 November 2019. Kiranya sambil membeli-belah dalam Eco Shop, anda boleh juga alas perut di Eco Bakery.

Untuk pengetahuan anda, bukan hanya roti yang dijual di Eco Bakery ini, terdapat juga pelbagai pilihan minuman dan aiskrim dijual pasti buat anda rambang mata untuk mencuba menu-menu yang ada.

Malangnya, Eco Bakery ini merupakan cawangan pertama dan dibuka di U Sentral Segamat, Johor. Difahamkan, cawangan Eco Bakery akan dibuka ditempat lain secara berperingkat dan pada bulan Mei dikatakan cawangan ini akan dibuka di Selayang.

87049227_2719442838382080_8084952596697055232_n

Anda yang berada berdekatan Segamat, Johor bolehlah ke Eco Bakery ini untuk mencuba kesemua menu yang ditawarkan. Diharap cawangan Eco Bakery ini akan diperluaskan segera ke tempat-tempat lain agar dapat ‘jimatkan’ poket ramai orang diluar sana.

Tahukah anda bahawa di Johor terdapat sebuah kedai roti yang telah beroperasi sekitar 80 tahun lalu? Klik pautan di bawah untuk ketahui destinasi yang boleh diterokai di Johor.

Nikmati Kesedapan Roti ‘Legend’ Resepi 80 Tahun Dahulu Hanya Di Johor

Lihat Rekaan Retro Dan ‘Stylish’ Kafe Coke Pertama Dunia Yang Dibuka Di Johor Bahru

Menikmati Kacang Pool Haji Yang Mengasyikkan di Johor Bahru