Kerja rider sememangnya lumayan jika anda boleh mendapatkan jumlah pesanan yang banyak pada setiap hari. Lagi banyak rider cedok order, maka lebih besar bayaran upahnya tetapi bakal mengambil masa yang lebih lama juga untuk menyelesaikannya.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang baik dalam jangka masa panjang kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan diri.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Nur Farhana yang mana menceritakan semula kisah seorang rider yang dahulunya mampu meraih upah yang lumayan bagaimanapun semua berubah selepas terkena penyakit ‘slip disc’.

Difahamkan seorang individu berkongsi tentang kawannya yang mampu menjana pendapatan cecah RM5,000 sehingga RM7,000 pada setiap bulan.

Namun nasib tidak menyebelahinya tersebut apabila rider cedok order itu bekerja secara berterusan selama 12 jam pada setiap hari sekaligus menyumbang kepada penyakit slip disc.

“Kawan saya sebulan income rm5k-7k … Lepas kena slip disc sehari 12 jam cedok terduduk dekat rumah sepanjang hari,” kongsinya.

Kini dia hanya mampu redha dengan ketentuan Ilahi yang mana terlantar di rumah sepanjang hari tanpa sebarang pekerjaan.

Lebih menyedihkan lagi, dia cuba memohon kerja hakiki di luar sana tetapi ditolak mentah-mentah oleh syarikat kerana mempunyai penyakit kronik tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, dia juga tidak boleh menuntut bantuan PERKESO kerana tidak mencarum secara peribadi sepanjang bekerja sebagai rider.

Jadi, pesan penghantar sebenar kepada orang ramai agar membuat pilihan yang rasional lebih-lebih lagi buat mereka yang terlalu mengejar pesanan sehingga mengabaikan kesihatan diri.

Cedok 'Order' Sampai Dapat RM7,000 Sebulan, Rider Dedah Sukar Dapat Kerja Lepas Kena 'Slipped Disc'
Sumber Gambar: FB

Susulan perkongsian terbabit, orang ramai mula menyedari kepentingan menjaga kesihatan diri serta perlu mencarum PERKESO sebagai perlindungan di kemudian hari.

“Hati-hati la bekerja. Biasa slip disc ni kerja berat main letih tulang belakang dan pinggang,” komen seorang netizen.

“Socso dan EPF tu semua boleh buat carum sendiri. Mau tak mau saja. Socso boleh carum setahun sekali…rasa tak sampai pun RM150..,” pesan seorang netizen lain.

” Benda macam ni lah yang saya tekan kan dekat kawan saya, carumlah socso dengan KWSP, jadi apa-apa senang nak tampung sepanjang sakit, tapi ayat keluarlah nantilah buat,” kongsi seorang netizen.

Selain bersimpati dengan situasi yang dihadapi rider tersebut, ada netizen menasihati agar tidak mempersoalkan pilihan mangsa untuk mencari wang lebih dan ambil ia sebagai pengajaran buat semua.