Chief Executive Officer (CEO), Media Prima Television Networks (MPTN) Encik Johan Ishak semalam menulis satu surat terbuka yang ditujukan kepada rakyat Malaysia dan laman-laman lanun (di Facebook terutamanya) yang memuat naik kembali konten drama dan rancangan yang diterbitkan oleh rangkaian Media Prima untuk meraih likes dan shares untuk laman Facebook mereka.

Dalam tulisan beliau, Johan Ishak mahu rakyat Malaysia yang mahu menonton kembali drama kegemaran mereka menerusi laman rasmi yang sah iaitu di tonton.com.my. Tambah beliau, laman lanun seperti LayanOn9 (masih dalam siasatan), LongTV (sudah akur selepas disaran), Kepala Bergetar (sudah akur selepas disaran) dan banyak lagi tidak meminta izin menyiarkan drama-drama yang sedang hit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya boleh dikira sebagai cetak rompak kerana konten ini ditonton di luar platform rasmi yang disediakan oleh Media Prima. Disebabkan saluran Media Prima adalah percuma untuk ditonton oleh semua (tidak mengenakan bayaran bulanan kepada penonton), jadi revenue daripada iklan adalah sangat penting buat Media Prima. Media Prima juga sudah berbincang dengan laman-laman ini jika mahu terus beroperasi, perkongsian wang iklan perlulah setimpal.

Dengan penulisan panjang lebar ini, Johan Ishak berharap rakyat Malaysia dapat memberi sokongan kepada Media Prima dengan cara yang betul. Aktiviti cetak rompak bukan lagi hanya dalam bentuk cakera padat, tetapi juga secara digital.

Penghasilan sesebuah drama dan rancangan besar seperti Anugerah Juara Lagu perlukan modal dan modal ini datangnya daripada pengiklanan. Kami tahu anda mahu segmen kartun kegemaran anda (Shin Chan & Doraemon) kembali bersiaran.

Johan Ishak membaca setiap komen anda di ruangan asal surat terbuka ini. Mana tahu segmen kartun ini akan kembali di masa akan datang? Sebelum itu anda perlulah beri sokongan pada TV Media Prima dengan cara yang betul kan? Jom Tonton.