Nama pempengaruh terkenal di TikTok, CEO Batu menjadi bualan ramai apabila pempengaruh, Caprice berkongsi tangkap layar antara perbualan berbaur lucah pempengaruh TikTok itu kepada seorang remaja bawah umur.
Menerusi satu video dikongsikan Caprice, terdapat tangkap layar aduan yang kepadanya, kemudian diikuti dengan tangkap layar perbualan dan gambar yang dihantar pempengaruh TikTok tersebut.
Baca Juga:
- Caprice Sahkan Kehilangan Eyka 3 Hari Dalam Hutan Indonesia Satu Penipuan Dan Konten Semata Mata
- Suami Minta Tolong Caprice, Dakwa Ustaz Hantar 11 Video Lucah Kepada Isterinya
- ‘Cakap Depan Kami Apa Tak Puas Hati’ – Yusuf Azmi Seru Caprice
Dalam perbualan itu CEO Batu menyatakan dia mahu menunjukkan kesan parut pembedahan apendiks.
Selepas menunjukkan gambar, remaja bawah umur tidak membalas dan block pempegaruh TikTok itu.
CEO Batu jelaskan gambar asal itu untuk teman wanitanya
Dalam tangkap layar lain yang dikongsikan Caprice, CEO Batu tampil meminta maaf kepada ibu mangsa.
Menurutnya, gambar asal itu sudah lama ditangkap dan ia untuk ditunjukkan kepada teman wanita.
“Gambar itu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang. Sebab gambar itu saya dah ambil siap-siap untuk hantar kepada teman wanita saya.
“Tapi kesilapan saya waktu hantar dekat anak kakak, saya tak crop. Sebab waktu itu saya tengah kelam-kabut buat videocampsite,” terang CEO Batu.
Dia memohon untuk bertemu dengan ibu mangsa untuk menyelesaikan perkara tersebut.