Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai pempengaruh TikTok, CEO Batu menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun.

Memetik Harian Metro, pempengaruh berusia 22 tahun terbabit hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.

Baca Juga:

CEO Batu direman untuk bantu siasatan
CEO Batu Serah Diri Kepada Polis, Direman Untuk Bantu Siasatan
Sumber Gambar: Faiz Anuar via NSTP

Kemudian dia ditahan reman hari ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Ya, kami dah siasat,” kata Siti Kamsiah ringkas ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, artis dan pempengaruh, Caprice telah berkongsi tangkap layar di mana CEO Batu menghantar mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur.

Bagaimanapun pempengaruh itu menafikan dia sengaja berbuat sedemikian. Sebaliknya dia terlupa untuk memotong bahagian gambar tidak sepatutnya sebelum menghantar mesej kepada remaja bawah umur berkenaan.

Jelasnya lagi gambar tersebut memang sudah lama ditangkap untuk dihantar kepada teman wanitanya.

Pempengaruh itu juga ada menghantar mesej kepada ibu mangsa untuk bertemu bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Sumber