Beberapa tahun lalu nama Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ popular di kalangan orang ramai atas keakraban beliau dengan haiwan ternakannya.
Pada ketika itu beliau baru sahaja berusia 14 tahun dan gambar-gambar ikonik yang dirakam oleh Dallah Deen itu telah menembus pelbagai acara antarabangsa.
Baca Juga:
- Gambar ‘Mowgli Malaysia’ Terpilih Untuk Dipamerkan Di Rome, Itali
- ‘Mowgli Malaysia’ Jadi Bintang Utama Untuk Telemovie Budok Kuba
- Dallah Dean Kecewa Hasil Kerjanya Didakwa ‘Tiru’ Foto Jurugambar Indonesia
Baru-baru ini GIATMARA berkongsi gambar terbaharu ‘Mowgli Malaysia’ yang merupakan salah seorang pelajar institut pengajian itu.
“Macam kenal? Mungkinkah dia? Raut wajah ini seperti insan dikenali yang pernah tular satu masa dahulu. Kini beliau telah berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal selama 6 bulan di GIATMARA Hulu Terengganu.
“Dengan jolokan ‘Mogli Malaysia’ sebelum ini, beliau kelihatan selesa bersama peliharaannya yang kelihatan begitu akrab dan bersahaja.
“Ya benar! Beliau adalah Syukor Khamis- ‘The Kampung Boy’ yang pernah tular bersama kerbau kesayangan sejak beliau masih kecil lagi,” petik hantaran Facebook berkenaan.
Menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet, ramai yang terkejut selepas melihat gambar terkini Syukor.
Netizen merasakan macam baru semalam sahaja melihatnya bermesra dengan haiwan-haiwan ternakan.



Difahamkan Syukor memilih kemahiran membaiki motosikal untuk meneruskan legasi kepakaran dalam motosikal dengan bengkel yang dimiliki keluarganya.
Terdahulu, Syukor Khamis menjadi bualan orang ramai selepas tular beberapa gambarnya bermesra dengan haiwan ternakan, lebih-lebih lagi kerbau kesayangan.
Dalam pada itu, beliau pernah membintangi telemovie ‘Budak Kuba’ bersama salah seekor kerbau kesayangannya yang bernama ‘Semek’.