Chagee tampil dengan permohonan maaf di atas kelakuan stafnya.
Sebelum ini tular sebuah jenama teh terkemuka di mana stafnya telah tanpa segan silu menyorokkan cawan yang sudah dipilihnya.
Cawan itu dipercayai mengandungi hadiah untuk peraduan buka dan menang.
Dilaporkan juga bahawa staf mereka memilih untuk memberikan cawan berisi hadiah itu kepada influencer berbanding diberikan secara rawak kepada pelanggan tanpa mengira status mereka.
Jenama Teh Terkemuka Ancam Saman Netizen Viralkan Staf ‘Buat Taik’ Sorokkan Cawan Peraduan
ChageeĀ menyatakan: “Kami dengan rendah hati memohon maaf atas sebarang kebimbangan dan kesulitan berhubung video Tik Tok baru-baru ini berkaitan dengan acara Tear & Win.
“Tingkah laku tersebut tidak mencerminkan standard yang dipegang oleh pihak CHAGEE, dan kami amat menyesal atas segala persepsi negatif yang telah timbul.
“CHAGEE mengambil maklum tentang perkara ini dengan sangat serius bagi memastikan pengalaman yang positif untuk semua pelanggan kami.”
Chagee mengesahkan siasatan sedang dibuat. Dan tindakan sewajarnya akan diambil selaras dengan nilai teras mereka.
“Dengan itu, pihak CHAGEE sedang menjalankan siasatan secara terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan nilai teras kami.
“Selain itu, kami turut bekerjasama dengan cawangan yang terlibat untuk mengkaji semula prosedur operasi agar memastikan standard tertinggi dipatuhi,” tambah mereka lagi.
Akhir sekali Chagee akan menggunakan sistem QR yang dianggap lebih telus.
Kenyataan itu berkata: “Kami juga berterima kasih atas maklum balas yang diterima mengenai mekanik pengendalian acara Tear & Win.
“Sebahagian daripada proses penambahbaikan yang berterusan, bermula pada bulan Disember, CHAGEE Malaysia akan menggantikan item fizikal dalam cawan Big Big Cup dengan slip kod QR bagi memastikan proses yang lebih lancar.
“Dengan mengimbas kod QR, pelanggan kami hanya akan dapat melihat hasil cabutan bertuah selepas proses imbasan.
“Kepercayaan anda amat penting bagi kami, dan CHAGEE Malaysia komited untuk terus menambah baik bagi memastikan pengalaman terbaik untuk semua pelanggan kami.
“Pihak kami turut memastikan isu berkenaan acara Tear & Win diselesaikan dengan kadar segera bersama Bahagian Khidmat Pelanggan CHAGEE.
“Kepercayaan dan sokongan anda amat kami hargai.”
— CHAGEE (@my_chagee) November 19, 2024