Tular baru-baru ini apabila terdapat sebuah syarikat yang sering berkongsi mengenai pekerjaan dan karier mengeluarkan sebuah infografik yang mendedahkan 9 pekerjaan santai dengan gaji yang tinggi.

Antara pekerjaan yang berjaya mendapat perhatian ramai sudah tentunya pekerjaan pertama iaitu YouTuber di mana syarikat ini mendakwa mampu meraih sehingga RM360,000 sebulan secara purata.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: Maukerja

Perkongsian yang dibuat bukan sahaja berjaya meraih pelbagai respon di kalangan netizen, malah Che Nom selaku YouTuber masakan popular yang berjaya mengumpul 1.85 juta subscribers di YouTube juga tampil berkongsi pendapat beliau.

Berikut merupakan pendapat beliau mengenai pekerjaan sebagai YouTubers yang dikatakan santai serta mampu mendapat pendapatan yang lumayan ini.

0.01% YouTubers yang boleh dapat pendapatan macam ini kalau operate sebagai syarikat kena ada ada sekurang-kurangnya 7 video seminggu dan purata tontonan tiga ratus ribu ke atas setiap video.

Yang sebenarnya purata pendapatan YouTubers di bawah paras kemiskinan. Apabila ekonomi merosot, syarikat akan kurangkan iklan, RPM jatuh, CPM jatuh, jadi pendapatan YouTubers secara tak langsung akan berkurang. Tahun ini semua jatuh mendadak, CEO Youtube, Susan Wojcicki pening kepala kot sampai letak jawatan.

Untuk hasilkan satu video perlukan 3-4 hari, research resepi, masak dan shooting, voice over dan editing, final editing, render dan muat naik. Semua ini memerlukan kepakaran seseorang individu. Kalau buat sendiri memang susah. Semua ini kos. Hidup tidak ada life, Sabtu dan Ahad kalau tak kerja video memang tidak akan siap, bak kata Syahmi Shazli 24 jam memikirkan content, Mr Beast juga tidur di pejabat sahaja.

Pendapatan sebagai blogger portal juga jatuh mendadak tahun ni, 2.2 juta pageviews pada laman Resepi Che Nom sekadar meraih pendapatan sebanyak RM2,500 di mana kos untuk membayar server dan admin pun tidak lepas. Tidak pasti macam mana portal berita dan blogger lain survive tahun ni. Harap-harap ada pendapatan lain selain Adsense.

Kalau ada yang cita-cita nak jadi YouTubers tu fikir baik-baik. Yang diwar-warkan tu yang berjaya dan ramai juga yang tidak berjaya. YouTubers masakan pon ramai yang dah menghilang.

Peluang nak berjaya tu sangat rendah. Kalau tak ada kesungguhan dan minat yang sangat mendalam sehingga tahap obses, cari sahaja kerjaya lain yang lebh menjamin masa depan yang ada medical, KWSP dan kemudahan lain seperti cuti tahunan dan cuti sakit.

Sumber