Salah seorang chef mat saleh menjadi perhatian di laman media sosial selepas beliau menunjukkan cara memasak nasi yang berbeza dengan apa yang kita amalkan di Malaysia.

Seorang pengguna TikTok dengan nama Girlandthekitchen memuat naik satu video memasak nasi dan beliau menulis kebanyakan orang menggunakan cara yang salah untuk memasak salah satu hidangan utama bagi rakyat Asia Tenggara itu.

Baca Juga:

“Saya seorang chef persendirian dan saya tahu anda memasak nasi dengan cara yang salah. Saya akan tunjukkan kepada anda cara yang betul. Cara yang betul ialah dengan menambah garam dalam bekas periuk selepas memanaskan air ketika anda memasukkan beras.

“Bila nasi sudah masak, bilas dengan air dan kemudiannya tambahkan mentega. Nasi sempurna sudah siap,” kata chef mat saleh itu.

Video ini nyata mendapat sambutan yang dingin dari netizen khususnya rakyat Malaysia yang mana kebanyakan dari mereka cara chef itu memasak nasi adalah salah dan hasilnya membuatkan ramai orang mahu muntah.

“Cara anda sangat memalukan dan seolah-olah menghina orang Asia dan nenek moyang mereka,” tulis seorang netizen.

“Masak nasi sangat mudah. Tapi dia masak dengan cara yang berbeza dan sejujurnya meloyakan. Macam mana orang Amerika masak nasi?. Kenapa dia tak basuh dulu beras untuk membuang kanji? Kenapa tak gunakan rice cooker?” tulis seorang lagi netizen.

Kekurangan rempah ratus dan kurangnya kepelbagaian rasa menyebabkan orang kulit putih memasak makanan yang sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara dengan cara yang berbeza.

Mungkin mereka perlu datang ke negara kita dan belajar mengenai cara memasak nasi yang betul supaya tidak membangkitkan emosi masyarakat yang lain di laman media sosial.