Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, diarahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi bernilai RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh, berhubung penerbitan berunsur fitnah terhadap O’Luanaigh di platform media sosial, menurut sumber BERNAMA.itnah terhadap O’Luanaigh.
O’Luanaigh adalah warganegara Britain yang memeluk Islam pada 20 November 2006 dan menggunakan nama Salahudin Ghafffar. Dia mendirikan rumah tangga dengan anak Chef Wan iaitu Serina Redzuawan pada 2010 dan bercerai pada 2017.
O’Luanaigh memfailkan saman ke atas Chef Wan pada Februari 2021 setelah mendapati ada 8 hantaran di media sosial oleh bekas bapa mentuanya itu berbaur fitnah ke atasnya dan bekas isterinya.
Respon Chef Wan
Seterusnya, Chef Wan akui dia sudah letih dengan kes ini. Pada masa yang sama berasa lega akhirnya semua ini berakhir walaupun merasakan agak tidak adil untuk dia membayar saman RM150,000.00. Sekurang kurangnya sekarang, O’Luanaigh tidak lagi bersama dengan anaknya.
Ternyata kini anaknya, lebih gembira setelah O’Luanaigh tidak lagi berada di sisinya. Chef Wan menulis di IG: “Peguam saya memaklumkan bahawa saya kalah dalam kes ini, selepas dia membuat rayuan untuk kes yang dia kalah di Mahkamah Tinggi tahun lalu.
“Kami berbalah selama 3 tahun, dengan membawa semua saksi, jika saya tak silap. Hasilnya saya menang kes ini dia mendapat RM25,000 daripada kes ini. Saya ambil wang itu dan tambah RM60,000 lagi duit sendiri untuk didermakan kepada Malaysia Cancer Research. Saya tak nak pun duit [saman] ini.
“Saya sebenarnya disaman RM1 juta. Memandangkan saya tak nak buang masa dengan perbalahan keluarga ini, saya tawarkan dia RM300 ribu untuk selesaikan kes ini. Sebab saya tak nak buat masa dan duit untuk perbalahan secara perundangan untuk benda merepek ini. Jadi saya menang di Mahkamah Tinggi dan dia kalah.
“Dan awal tahun ini saya dimaklumkan dia telah membuat rayuan dan keputusan memihak kepadanya. Walaupun saya berusaha untuk membuktikan kebenaran semata mata, tetapi serangan ke atasnya di media sosial adalah salah, menurut peguam saya. Jadi bukanlah cerita itu tak betul.
“Untuk ini, saya terima keputusan mahkamah. Letih dah saya menanggung drama minggu anak anak dan keluarga saya pun. Ianya meletihkan.
“Kadangkala hidup ini sangat tidak adil untuk bapa mertua walaupun cuba untuk menegakkan kebenaran. Tidak mengapalah.
“Hikmahnya, akhirnya kami dapat menyingkirkan dia daripada hidup kami dan anak perempuan saya kini lebih bahagia. Alhamdulilah.
“Duit itu pada saya berapa sahajalah nilainya, dan esok ada rezeki kita kerja dapat lah balik. Yang lebih penting di dalam hidup kita harus elakkan segala drama seperti ini dan orang yang tak bertanggungjawab dalam hidup kita.
“Jika di akhirat nanti di soal jawab bersama Allah, jika saya adalah orang terakhir yang harus memberitahu kebenaran, saya masih akan melakukan perkara yang sama.
“Dengan perkembangan terbaru ini, saya sebenarnya gembira, memikirkan bahawa saya sudah boleh ‘move on’ dengan hidup saya.
“Biarlah cerita hidup saya ini jadi pengajaran kepada semua lelaki yang mahu menjadi suami dan ayah kepada anak anak mereka, tentang tanggungjawab dan kesetiaan kepada isteri kamu.
“Akibat drama anak-anak dan menantu, pada akhirnya bapa mentua juga yang tersepit dan terpaksa menanggung ini semua. Adakah kamu fikir kisah sebenar sejarah hidup saya ini akan boleh jadi filem yang hebat? Balik modal dan box office lagilah.”