Walaupun 33 tahun berpisah dengan bekas isterinya namun Chef Wan baru-baru ini berkongsi bahawa beliau sentiasa memegang janji untuk menjaga bekas isterinya itu ketika beliau masih hidup sebelum ini.

Dalam satu perkongsian di Instagram yang dibuat baru-baru ini, chef terkenal itu memuat naik kembali gambar kenangan hari raya bersama bekas isterinya yang meninggal dunia pada Mac lalu sambil mengingati kembali janji yang pernah dibuat ketika bercerai dihadapan kadi di Kuang.

“Jadi saya berjanji pada hari itu dihadapan kadi di Kuang yang saya tidak akan menghancurkan hidupnya tetapi untuk menjaga kebajikannya sehingga ke hujung nyawa sehingga ke liang lahad.

“Dan kini saya telah berpegang dengan janji itu untuk 33 tahun,” kongsi beliau.

“Saya belikan dia apartment 3 bilik dengan jarak berjalan kaki dua minit sahaja dari rumah saya.

Keputusan itu menurut Chef Wan dibuat kerana sifat belas kasihan dan empati terhadap ibu kepada anak-anaknya itu.

Malah menurut beliau, mereka berdua juga masih kekal berkawan dan menghormati serta lebih menghargai satu sama lain selepas tidak lagi bersama.

“Dan setiap bulan saya akan pastikan dia mendapat RM5,000 atau lebih untuk elaun makanan dan saya juga menjaga perkara lain seperti urusan rumah, pakaian dan melancong.

“Apa yang perlu dilakukannya adalah minta pada saya. Tetapi dia bukanlah jenis yang akan meminta semuanya. Bagaiamanapun saya masih membahagiakannya semampu saya,” jelasnya.

Dalam perkongsian yang dibuat itu, Chef Wan turut mendedahkan punca kepada penceraiannya yang menurutnya berlaku kerana sikap tidak matang dan tidak yakin dengan sendiri.

Menyedari apa yang telah dilalui bekas isterinya dalam kehidupan sebelum ini akhirnya membuatkan beliau berjanji untuk sentiasa menjaga kebajikan isterinya itu sehingga ke hari ini.

Baca pengumuman dari Sheila Rusly yang memberi bayangan drama Bukan Gadis Biasa mungkin menjadi drama terakhir yang dibintanginya di pautan di bawah. 

‘Bukan Gadis Biasa’ Mungkin Jadi Drama Terakhir Lakonan Sheila Rusly

Gara-Gara Tersalah Cakap, Fizi Dari Upin & Ipin ‘Diserang’ Netizen Indonesia Dan Malaysia

Kedutaan Arab Saudi Hadiahkan Naskah Al-Quran Buat Wany Hasrita Dan Ibu