Pada hari semalam Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengumumkan penukaran ejaan Cherating yang baharu.
Menerusi kenyataan rasmi ringkas dibuat melalui hantaran Facebook, kini nama lokasi percutian ikonik itu dikenali sebagai ‘Cerating’.
Baca Juga:
- Dikongsi Lebih 33,000 Kali, Ramai Tidak Sabar Mahu Cuba Cafe Marion Di Cherating
- F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
- Kemaskan Homestay Sebelum ‘Check-Out’, Geng Motosikal Dipuji
‘Pemakluman penukaran nama Cerating – ejaan lama Cherating, ejaan baharu Cerating.
“Rujukan: Pekeliling SUK.Bil.7/1984, Keputusan MMK ke 5/98,” kata MBK.

Netizen persoal sebab tukar nama Cherating
Perkara itu mengundang rasa tidak puas hati warganet.
Warganet mempersoalkan rasionalisasi menukar nama tersebut.
“Cherating nampak lebih komersial dan ada nilai estetika dan klasik.
“Apa signifikan dengan penukaran ejaan dari MBK ? Cerating akan jadi sebuah pinggiran bandaraya yang maju ? Kalau tiada apa apa signifikan. Bukan keperluan ubah-ubah ejaan ni pun.

“Benda elok lagi nak tukar. Buatlah benda lain. Tengok sedikit jejantas, jalan, tandas awam sekitar Kuantan ni.
“Daripada sibuk nak tukar nama yang dah elok dari asal, kenapa infrastruktur jalan Raya , pembangunan , lampu jalan ,tandas awam dll tak dinaik taraf sesuai dengan salah satu TEMPAT PELANCONGAN yang boleh jana sumber kewangan bagi negeri dan penduduk setempat? Satu dunia kenal dengan nama asal,” tegur orang ramai.
Dalam pada itu netizen meminta agar pihak berkaitan untuk fokus pada perkara-perkara yang jauh lebih penting dalam membangunkan kawasan Cerating — yang dulu dikenali sebagai Cherating itu.