Walaupun Avengers: Endgame merupakan pengakhiran untuk Chris Evans dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), nampaknya beliau sangat berminat untuk kembali berpasangan dengan Chris Hemsworth.

Chris berkata beliau sangat berminat sekiranya ditakdirkan untuk berlakon lagi bersama Hemsworth untuk sebuah filem genre buddy comedy. Chris turut menambah ketika sesi sidang media Endgame, mereka sering ‘dijauhkan’ kerana mereka akan berkelakuan seperti budak-budak jika dbiarkan bersama.

“Kami memang sangat gembira apabila bersama, seperti bukak di sekolah. Saya sangat berminat untuk kembali berlakon bersama Hemsworth jika ada filem komedi bertema 80an yang dapat ‘buang’ imej superhero kami di masa akan datang,” kata Chris.

https://twitter.com/Iadysif/status/1133773004830384128

Hemsworth juga tidak menolak kemungkinan akan berlakon lagi bersama Chris Evans di masa akan datang. “Saya mahu berlakon lagi (bersama Chris) jika diberi peluang. Saya masih tidak tahu rancangannya tetapi kami terbuka untuk sebarang cadangan atau watak,”kata Hemsworth.

Men In Black: International adalah filem bukan Marvel Chris Hemsworth yang akan ditayangkan pada 13 Jun 2019. Kelucuan Hemsworth sudah terbukti dalam filem Ghostbusters sebelum ini dan tidak mustahil beliau akan menghiburkan penonton dalam MIB versi terbaru ini.

Jika mereka sudah sudi, pasti akan ada produksi yang berminat untuk menjayakan kerjasama ini. Diharap mereka dapat tambah juga Chris ‘Star-Lord’ Pratt dalam projek ini. Gabungan 3 Chris ini pasti akan meletup!

3 Chris

Sumber