Cik Na sekali lagi kegirangan mendapat harga jackpot helmet edisi terhad.
Di mana dia telah membeli helmet tersebut dengan harga RM10,000 dalam satu bidaan secara langsung di dalam TikTok.
Penjual helmet tersebut, yang juga influencer, pada awalnya akui sayang nak jual helmet tersebut. Namun Cik Na menunjukkan kesungguhannya untuk memiliki helmet teesebut.
Dan meletakkan tanda harga RM10,000 sebagai nilai untuk melepaskannya. Yang dianggap harga yang Cik Na tak sanggup untuk bayar.
Cik Na terus ‘lock’ helmet tersebut sebagai harga jackpot. Kerana dia sudah terdesak mahu memiliki helmet tersebut.
Cik Na bangga dapat pakai helmet yang didakwa pernah dipakai oleh seorang selebriti Jepun. Kebetulan saiz kepala selebriti tersebut juga sama dengan Cik Na.
@arif.ay0b Helmet RM10k Stopa #viralfyp #helmet10k #cikna #rxz140k #haqiemstopa #viralvideo #fy #virallagi #fypdongggggggg
โฌ original sound – ๐๐ฅ๐๐ยฎแตสธแตแต – ๐๐ฅ๐๐ยฎแตสธแตแต
Cik Na benar benar gembira dalam memiliki helmet tersebut dengan harga jackpot. Di mana pembantu Cik Na juga teruja menyatakan bahawa tak sangka dapat beli helmet harga RM10,000 kerana selalunya dengar helmet rare seperti itu harga RM90,000.
@missbieylala Selalu dengar helmet harga 90k harini 10k je murahh gilaaa @Farhana Zahra beli dekat @Haqiemstopa #rxz #rxz_members_official #rxzmember #shoei #susumomegojes
โฌ original sound – BELLA LALA | FOUNDER DODOL – BELLA LALA | FOUNDER DODOL
Peminat dan pengikut Cik Na tumpang gembira dengan kejayaan dia memiliki helmet idamannya itu. Dan mereka juga berharap ada rezeki lain buat penjual yang lain pula selepas ini.
Sebelum ini Cik Na tular kerana membeli RXZ dengan harga RM40,000. Dan kemudian membeli Yamaha 125z dengan nilai RM30,000.00.
Walaupun sedar ada ramai pihak mengkritiknya, namun Cik Na menyatakan dia memang suka mengumpul barang barang yang rare.