Ciri mengesan kemalangan pada iPhone 14 sememangnya terbukti berkesan dalam mendapatkan bantuan kecemasan dengan pantas. Namun begitu, ciri ini masih baharu dan masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki untuk lebih praktikal di dalam situasi dunia sebenar.

Menerusi laporan WSJ, terdapat beberapa pemilik siri iPhone 14 kini melaporkan peranti tersebut menghubungi talian kecemasan ketika mereka sedang menaiki rollercoaster. Setakat ini, sudah enam insiden sebegini dilaporkan berlaku di taman tema Kings Island yang terletak di Cincinati.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: MacRumors

Ditambah pula dengan rakaman audio yang didengari, polis mendengar jeritan individu yang sedang menaiki rollercoaster apabila panggilan automatik dilakukan menerusi iPhone 14. Pemilik bagaimanapun tidak menyedari panggilan kecemasan yang dilakukan oleh peranti kerana disimpan di dalam poket.

Memandangkan insiden ini boleh berlaku lagi di masa kelak selagi tiada kemas kini daripada pihak Apple, pemilik iPhone 14 disarankan untuk menetapkan peranti ke flight mode sebelum menaiki sebarang tarikan di taman tema.

Selain rollercoaster, permainan bumper car juga dipercayai boleh mengaktifkan ciri tersebut secara tidak sengaja. Kejadian seperti ini sememangnya boleh mengganggu urusan pihak berkuasa terutamanya dalam mengesan panggilan yang benar-benar di dalam situasi kecemasan sebenar.