Peniaga donut susu tampil memberikan penjelasan selepas dikecam hebat oleh warga maya kerana didakwa mempamerkan unsur lucah ketika mempromosi perniagaan mereka.
Menerusi video tular berdurasi 3 minit 17 saat itu, peniaga tersebut menjual donut susu menggunakan dialog “berayaq, berayaq, jet lagi” sambil membuat mimik muka ghairah bermata putih yang dikatakan mempunyai unsur tidak senonoh.
Baca Juga:
- Jijik Dan Memalukan! Tindakan Peniaga Promosi Donut Dengan Aksi Lucah Undang Kecaman
- Pemilik Restoran ‘Sedih’ Tiada Lagi Kek Donut Dari GISBH Undang Pelbagai Reaksi Netizen
- Giliran Jenama Donut Krispy Kreme Pula Diboikot Oleh Orang Islam, Kenapa?
Warga maya meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan itu dan menyifatkan ia sungguh memalukan serta tidak mencerminkan adab sebagai orang islam.
Disebabkan itu, peniaga terbabit memohon maaf menerusi satu hantaran di laman TikTok. Malah, mereka juga telah menukarkan nama ‘Donut Susu Berayaq’ kepada ‘Bertanah Donut Susu’.
“Kami menerima segala teguran dari kalian, dan nama kedua-dua akaun kami telah bertukar kepada ‘Bertanah’.
“Untuk pengetahuan semua, ‘berayaq’ bermaksud doh kami yang cair dan bila makan donut cari di dalam mulut dan jet itu adalah bermaksud terajang.
“Dan untuk pengetahuan semua, cirit itu bukanlah tagline dari kami dan video yang telah tular baru-baru ini bukanlah idea dari kami untuk bercakap tentang perkara itu.
“Kami hanya melakonkan apa yang diarahkan. Semoga menjawab semua persoalan,” jelasnya.
Peniaga tersebut turut mengakui kesilapan itu dan akan memperbaiki cara untuk mempromosi produk mereka.
Kaedah promosi jualan dengan teknik berunsur lucah atau ‘double meaning’ sering menjadi pilihan sesetengah peniaga untuk menarik perhatian pelanggan.
Walaupun makanan yang dijual memang sedap namun tidak semestinya perlukan promosi berunsur lucah untuk menarik perhatian ramai kerana ia tidak sesuai dipertontonkan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.