Sebuah video TikTok dimuatnaik Master Hadzrin tular memaparkan seorang lelaki yang dikatakan pesakit kanser paru-paru menjalani terapi untuk rawatan kanser dengan menggunakan mesin khas oleh seorang lelaki.
Mesin tersebut didakwa mampu merawat pesakit kanser dan selepas tiga kali rawatan, pesakit yang sebelum ini terlantar sudah mampu untuk duduk. Dakwaan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian itu.
Rawatan kanser paru-paru 🤔 pic.twitter.com/YfYfAXjuIn
— Addam Darshan (@AdwinWidanta) June 21, 2022
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berpendapat bahawa mesin tersebut tidak masuk akal serta tidak boleh dipercayai. Malah, para netizen juga meminta agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan segara terhadap isu tersebut.
Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter @dilladontdodat mendakwa pesakit dalam video tersebut merupakan bapa kepada kawan baiknya yang bernama Azie dan juga berkongsi perbualannya bersama rakannya berhubung video tular itu.
FYI pakcik yang sakit ni ayah kepada kawan baik saya sendiri, dia kata orang yg merawat tu kenalan keluarga dia, orang tu sendiri yg offer bende ni pastu dia pergi rekod tanpa permission untuk tujuan promosi :(
Byk kali dah orang tu ambil kesempatan kat keluarga kawan saya. https://t.co/eFTWxixSjh pic.twitter.com/jDXnbU9uZF
— Dilla The Comic Artist (@dilladontdodat) June 22, 2022
Menurutnya, video tersebut diambil dan dijadikan bahan promosi tanpa kebenaran daripada pihak keluarga. Tambah rakannya, keadaan ayahnya masih belum membaik dan pihak keluarganya tidak mempercayai rawatan menggunakan mesin tersebut.
Malah, lelaki itu merupakan anak kepada kawan ayah dan mereka sebenarnya rapat. Lelaki terbabit juga menjual pelbagai barangan mahal dengan alasan dapat merawat penyakit.
“Saya tidak mempercayai rawatan itu dan membiarkan sahaja ibu menguruskan memandangkan mereka kawan ayah. Gambar duduk itu sebenarnya diambil apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat pemeriksaan elektrik dan ayah mampu duduk selepas mendapat pertolongan fisioterapi.
“Mereka sanggup datang ke rumah biarpun pada waktu malam dan kami memang tidak mempercayai rawatan itu, tetapi ayah biarkan sahaja. Setelah muncul video ini, perkara itu membuatkan kami marah,” jelas Azie.
Menurut @dilladontdodat, dia cukup kenal dengan keluarga rakannya itu dan mengatakan dia percaya bahawa mereka dimanipulasi oleh kenalan keluarga yang mengambil kesempatan atas penyakit yang dihidapi oleh pak cik tersebut.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
Mat Saleh Mampu Bertutur Pelbagai Bahasa Mengalah Bila Wanita Ini ‘Kecek Kelate’
Jijik Dan Memalukan, Pengantin Merah Padam Apabila Kawan-Kawan Beri Hadiah Tidak Senonoh
Comel Dan Rajin, Netizen Teruja Lihat Hasil Akhir Nenek Ini Yang Belajar Mengeja Dengan Gigih