Ketua jurulatih AC Milan, Sergio Conceicao telah menetapkan peraturan melibatkan gaya hidup beberapa pemainnya untuk membantu mereka mengurangkan berat badan berlebihan sekali gus mengembalikan prestasi terbaik dalam Serie A.
Masalah berat badan dilihat menjadi antara masalah yang membelenggu AC Milan hingga menyaksikan kelab tersebut hanya berada di kedudukan kesembilan dalam liga.
Baca Juga:
- TMJ Intai Peluang Beli AC Milan
- Penjaga Gol Inter Milan Semakin Hampir Perkuat Indonesia
- Dari Ehime Ke Inter Milan, Bagaimana Perjalanan Karier Yuto Nagatomo

Malah selepas tersingkir daripada persaingan ke pusingan 16 UEFA Champions League (UCL), skuad kendaliannya tewas pada tiga perlawanan terakhir dalam aksi Serie A di tangan Torino, Bologna dan Lazio.
Selepas mengharungi 27 perlawanan, Milan mencatatkan lapan kemenangan, lapan keputusan seri dan 11 kekalahan untuk mengumpul 41 mata.
Sehubungan dengan itu, pengendali kelahiran Portugal tersebut telah merangka pelan diet cukup ketat buat pemain yang mengalami masalah berat badan.
Apa Yang Dilakukan Sergio Conceicao?
Menurut sumber laporan Goal, Conceicao telah bertindak dalam usaha untuk mengubah kembali nasib Milan, memastikan bahawa pemain menjalani pemeriksaan berat badan harian, rutin ini mungkin normal buat pasukan profesional.
Tidak cukup dengan itu, beliau terpaksa memantau corak tidur pemain dengan teliti.
Ia adalah usaha untuk mengesan sama ada waktu tidur pemain itu mencukupi atau tidak mencapai piawaian seorang pemain profesional.

Walaupun sesetengah pihak mungkin melihat langkah-langkah ini sebagai usaha terakhir untuk memulihkan pasukan pada musim ini, ia juga boleh memberikan wawasan penting untuk mengoptimumkan prestasi pemain dan membantu dalam pemilihan pasukan pada masa depan.
Kedudukan Conceicao dalam pasukan pada ketika ini dikatakan dalam keadaan bahaya dengan Cesc Fabregas telah disebut-sebut bakal menggantikan beliau pada musim hadapan.