Baru sahaja membuat comeback bergaya sekitar enam bulan lalu, Conor McGregor menerusi laman Twitter beliau pada hari ini telah mengumumkan persaraan daripada dunia seni beladiri campuran (MMA) khususnya pentas Ultimate Fighting Championship (UFC).
Sebagai rekod, Conor McGregor baru sahaja membuat satu penampilan pada tahun ini apabila berjaya menewaskan Donald ‘Cowboy’ Cerrone pada UFC 246 dengan tempoh 40 saat sekaligus membuatkan orang ramai teruja dengan keupayaannya.
Hey guys I’ve decided to retire from fighting.
Thank you all for the amazing memories! What a ride it’s been!
Here is a picture of myself and my mother in Las Vegas post one of my World title wins!
Pick the home of your dreams Mags I love you!
Whatever you desire it’s yours ❤️ pic.twitter.com/Dh4ijsZacZ— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) June 7, 2020
Beliau yang mula menyertai UFC pada tahun 2013 serta berjaya mencipta nama menerusi kejuaraan yang diperoleh serta kontroversi sepanjang karier antara yang membuatkan orang ramai mengenalinya.
Perlawanan panas beliau bersama Khabib Nurmagomedov serta Floyd ‘Money’ Mayweather antara yang menjadi tumpuan ramai sepanjang karier Conor meskipun beliau tewas pada kedua-dua perlawanan.

Pengumuman persaraan Conor McGregor pada usia 31 tahun nyata mengejutkan ramai mengetahui beliau masih mampu beraksi dengan baik apatah lagi selepas berjaya mengalahkan pihak lawan seawal 40 saat menerusi perlawanan terakhir.
Ketahui juga bagaimana Conor McGregor berjaya memperoleh RM7.9 juta dalam tempoh satu saat sahaja.
Conor McGregor Ajar Bagaimana Cara Memperoleh RM7.9 Juta Dalam Masa Satu Saat
Mengapa Khabib Menyerang ‘Penonton’ Selepas Membelasah McGregor Di UFC 229