Bugatti baru-baru ini bersempena dengan Geneva Motor Show 2019 telah melancarkan model terbaru serta kereta termahal dunia iaitu Bugatti La Voiture Noire. Kereta ini diinspirasikan kepada model terawal Bugatti iaitu Type 57SC Atlantic yang dihasilkan pada tahun 1936 serta diperkemaskan dengan rekaan yang tampak lebih moden dan sporty.
Lebih eksklusif, model ini cuma dihasilkan sebanyak satu unit sahaja seluruh dunia dan berdasarkan ura-ura pembelinya adalah Cristiano Ronaldo dengan harga pembelian sekitar £9.50 juta (RM51.4 juta).
Untuk pengetahuan, minat Cristiano Ronaldo terhadap kereta mewah dan pantas sememangnya tidak asing lagi. Sebelum ini beliau pernah mendapatkan Lamborghini Aventador, Ferrari F12 Tour De France serta Bugatti Veyron.
Walaubagaimanapun, pihak Bugatti setakat ini masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai pembeli kereta termahal dunia ini.
Sekiranya benar Cristiano Ronaldo nampaknya perlu menunggu sehingga 2021 memandangkan model yang dilancarkan baru-baru ini masih lagi dalam peringkat prototaip dan bakal siap sepenuhnya menjelang dua tahun lagi. Berdasarkan tanda harganya, pastinya kereta ini sangat sesuai dengan status Cristiano Ronaldo yang merupakan antara atlet dengan bayaran tertinggi.