Memang tidak dinafikan pada suatu ketika dahulu NFT menjadi rebutan ramai kerana dianggap sebagai pelaburan. Maka, banyak platform kriptowang yang menaja atau berkerjasama dengan figura terkemuka seperti Cristiano Ronaldo untuk mempromosikan koleksi NFT mereka.

Walaupun Cristian Ronaldo kini disenaraikan sebagai atlet terkaya di dunia dan mempunyai nilai bersih (networth) mencecah lebih RM500 juta, harta pemain bola Portugal ini terancam selepas beliau disaman kumpul oleh pelabur baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut saman yang difailkan di Amerika Syarikat, plaintif meminta ganti rugi melebihi $1 bilion (~RM4.6 bilion)kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.

Untuk makluman, Ronaldo dan Binance bekerjasama melancarkan koleksi NFT ForeverCR7 pada penghujung 2022 yang dikatakan sebagai tanda terima kasih kepada sokongan peminat.

Sebanyak 29,327 NFT ditawarkan pada harga bermula 10 USDT iatu sekitar RM50.

Plaintif mendakwa kerana dipromosikan oleh Ronaldo, Binance mendapat perhatian orang ramai yang kini menanggung kerugian kerana Binance terlibat dalam penyelewengan pelaburan mereka.

Wakil Ronaldo masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang dikemukakan ini.

Binance telahpun didenda AS$4 bilion oleh SEC di Amerika Syarikat dan CEO meletakkan jawatan sebelum dipenjarakan kerana terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram serta berurusan dengan Iran.