Semalam merupakan kali kedua saya ke cawangan FamilyMart. FamilyMart merupakan rangkaian kedai serbaneka dari Jepun yang mula membuka cawangan pertama mereka di Malaysia akhir tahun lalu. Buat masa ini rangkaian FamilyMart dalam fasa berkembang dan akan lebih banyak cawangan dibuka di masa akan datang.
Salah satu cawangan yang senang untuk diakses adalah di stesyen MRT TTDI. Jika saya ada urusan di sekitar TTDI, saya pasti akan singgah ke FamilyMart kerana kepelbagaian jenis makanan yang boleh dipilih. Onigiri Salmon yang dijual di sini boleh tahan padu.
Tetapi semalam terbaca di skrin kaunter bayaran tentang minuman baru yang boleh didapati di sini, Cookie Frappe. Sebagai peminat setia aiskrim jenis cookies & cream, lantas saya terus ingin mencuba. Tertulis di sini katanya minuman ini bestseller di FamilyMart Jepun dan Taiwan. Kalau dah bestseller, mestilah power kan?
Uniknya minuman ini disimpan sejuk beku seperti aiskrim. Bagaimana nak jadikan minuman kalau sejuk beku ni? Pekerja FamilyMart akan tekan campuran kopi dan susu panas di atasnya dan jadilah Cookie Frappe ini seperti ini.
Nampak lapisan susu dan kopi yang terhasil di atas sana? Ok, anda kena biarkan seketika untuk biarkan susu dan kopi ini meresap ke bawah. Untuk cepatkan proses resapan kacau dengan straw. Selepas dah teradun rapi, barulah anda minum.
Hirupan pertama pun dah tahu kenapa Cookie Frappe ini laris di Taiwan dan Jepun. Memang power! Terasa juga cebisan chunky cookies yang ada dalam minuman ini. Begini bentuk air apabila semuanya teradun rapi. Rasa kopinya juga light sahaja dan memang nice untuk diminum.
Kalau anda hendak cuba minuman ini, inilah masanya kerana Cookie Frappe sedang dijual pada harga promosi RM9.90. Harga asalnya adalah RM11.90 dan tidak pasti sampai bila promosi ini akan berlangsung. Bagi saya harga ini berbaloi dengan portion air ini yang besar. Recommended untuk dicuba. Jangan lupa untuk terjah FamilyMart nanti untuk cuba minuman ini.