Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengeluarkan kenyataan bahawa penjawat awam tidak boleh aktif bermain media sosial seperti TikTok dan Facebook sewaktu sedang bertugas.

Ledakan media sosial membuatkan manusia pada hari ini tidak boleh berenggang dengan telefon pintar dan media sosial.

Namun begitu, sebagai penjawat awam, seseorang itu harus mengawal diri mereka dalam menggunakan media sosial terutama sekali ketika waktu bekerja.

CUEPACS nasihatkan penjawat awam tentang media sosial

Dipetik daripada laporan Harian Metro – Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat (gambar) menyatakan bahawa penjawat awam seharusnya fokus sepenuhnya kepada tugasan mereka sewaktu bekerja.

cuepacs

Perkara itu telah dinyatakan dalam edaran rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam pada Jun 2013.

Dipetik dari sumber yang sama, Datuk Dr Adnan berkata: “Penggunaan media sosial sewaktu bertugas tanpa keperluan rasmi boleh dianggap menjejaskan produktiviti dan menyalahi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993].”

Oleh yang demikian, CUEPACS menasihati semua penjawat awam aggar menjaga garis panduan yang sudah ditetapkan, demi menjaga integriti dan profesionalisme mereka selaku penjawat awam yang menggalas amanah.

1
Foto: Kirim Aja

CUEPACS bagaimanapun tidak dapat mengeluarkan jumlah penjawat awam yang dikenakan tindakan kerana kesalahan berkaitan, kerana CUEPACS tidak ada akses ke atas perkara tersebut.

Namun beliau mengesahkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam memiliki rekkod dan kaedah pemantauan yang sistematik tentang perkara tersebut.

CUEPACS turut menggesa semua penjawat awam agar sentiasa mematuhi ektika dan tatakelakuan, sesuai denggan garis panduan perkhidmatan awam. Ini termasuk ketika menggunakan media sosial.

“Ini demi menjaga maruah dan reputasi perkhidmatan awam di mata rakyat,” kata Adnan lagi.

Guna dengan sebaiknya

Beliau bagaimanapun sangat berharap setiap penjawat awam dan jabatan kerajaan menggunakan media sosial dengan sebaiknya dan sebetulnya dalam usaha menyamapaikan maklumat. Dan elakkan daripada mencemarkan nama baik jabatan mahupun kerajaan.

tiktok

Ini kerana menurutnya: Integriti dan fokus terhadap tugas adalah asas kepada keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam negara,” tuntas beliau.