Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menawarkan ganjaran sebanyak 10% daripada nilai rampasan barangan kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat tepat mengenai barangan yang dikategorikan lari cukai termasuk pelakunya.
Antara barangan yang disenaraikan dalam cukai terbabit termasuklah kenderaan, rokok dan minuman keras.
Baca Juga:
- Tiga Pelajar Terima Pampasan RM50,000 Kerana Guru ‘Sengaja’ Ponteng Kelas Selama Tujuh Bulan
- Orang Ramai Terkejut Lihat Hasil Projek Kompleks Sukan Di Terengganu Yang Bernilai RM6.2 Juta
Memetik laporan BERNAMA, Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata identiti pemberi maklumat berkenaan akan dirahsiakan.
“Jika nilai rampasan berjumlah RM1 juta, maka 10% daripada itu iaitu sebanyak RM100,000 akan diberikan kepada pemberi maklumat. Memang ada peruntukan untuk pemberi maklumat yang kita akan nilaikan mengikut kategori.
“Kita harap lebih ramai menghubungi JKDM jika lihat perkara disyaki, kita anggap pemberi maklumat ini sebagai kategori A iaitu apabila JKDM sampai di tempat tersebut boleh terus tangkap pelaku dan barangan yang lari cukai itu, ia termasuk juga kes melibatkan dadah,” kata Datuk Seri Ahmad Maslan.
1) Pungutan cukai penting utk #rakyat & negara. Maka sesiapa yg seludup, lari cukai wajar dihukum. Pemberi maklumat yg tepat akan diberi 10% drpd barang rampasan
2) @KastamMalaysia menjaga keselamatan negara. Dadah & barang bahaya mesti dibanteras segera pic.twitter.com/Ez7wXXhJRg— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) July 19, 2023
Tambah beliau lagi, maklumat berkenaan diperlukan bagi membasmi aktiviti berkenaan yang akan merugikan rakyat dan negara, malah pemberian ganjaran itu sebenarnya sudah lama dilakukan JKDM tapi tidak diuar-uarkan.
“Kerja-kerja jahat ini masih banyak lagi dibuat di luar sana, oleh kerana itu saya menyeru kepada semua untuk tampil salurkan maklumat itu, mereka boleh hubungi JKDM di kawasan masing-masing tapi jangan pula beri maklumat palsu.
“Saya percaya dengan usaha gigih JKDM negeri dalam meningkatkan hasil yang sedikit sebanyak dapat membantu usaha kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara dan seterusnya membantu rakyat,” jelas beliau lagi.