Mulai 1 Januari 2025 nanti cuti hujung minggu di Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad.
Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran media sosial Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail.
Baca Juga:
- TMJ Gesa Siasatan Menyeluruh Kes OKU Dipukul Pegawal Pengiring
- Pemangku Sultan Johor Titahkan Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas Isu Kalimah Allah
- Sultan Selangor, Pemangku Sultan Johor Setuju Perseteruan Bola Sepak Kekal Di Dalam Padang
Baginda bertitah keputusan itu adalah selepas mendapat perkenan dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
“Selepas mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.
“Saya juga menitahkan agar YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.
“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya.