Perseteruan luar padang antara Indonesia dan Malaysia berterusan selepas terdapat laporan skuad Harimau Malaya bakal diperkuatkan oleh pemain warisan dalam masa terdekat.

Di laman media sosial, media serta peminat dari negara seberang terus ‘menyerang’ Malaysia dimana mereka menganggap bola sepak Indonesia lebih baik dan memberi peringatan kepada calon pemain warisan Malaysia agar membatalkan hasrat mereka untuk beraksi bersama Harimau Malaya.

Baca Juga:

Salah satu media negara jiran di laman X kemudiannya menggunakan pemain naturalisasi iaitu Sergio Aguero sebagai bahan dalam perdebatan bola sepak antara dua negara.

Menurut gilabola, bola sepak Malaysia tidak maju meskipun dibarisi oleh pemain naturalisasi seperti Aguero, berbeza dengan negara mereka yang berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia adalah salah satu perkara yang digunakan dalam hujan media dan peminat Indonesia ketika menyerang bola sepak Malaysia.

Baru-baru ini, media sama menyindir Malaysia selepas selepas skuad Harimau Muda gagal untuk melayakkan diri ke saingan AFC B-20 Tahun yang bakal diadakan pada 2025 nanti.

Malaysia hanya mampu menamatkan saingan kelayakan kumpulan E di tangga keempat selepas skuad kendalian Juan Torres Garido meraih lima mata dalam empat perlawanan yang dihadapi.

“Nanti mereka akan cakap gagal layak kerana berada dalam satu kumpulan dengan pasukan kuat. Dan kalau Indonesia layak, mereka akan cakap lawan kita adalah pasukan mudah,” tulis media tersebut.

Berbeza nasib dengan Malaysia, Indonesia berjaya menempah tempat dalam saingan edisi 2025 selepas mereka mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Yemen pada perlawanan terakhir sekaligus muncul sebagai pemenang kumpulan F dengan 7 mata secara keseluruhan.

Sebagai rekod, peluang Malaysia menempah slot ke Piala Asia B-20 2025 boleh dianggap tertutup selepas tumbang 0-1 di tangan Tajikistan pada aksi ketiga Kumpulan E beberapa hari lepas.

Sebelum itu, Korea Utara disahkan sebagai juara kumpulan E selepas menewaskan Oman 1-0 dengan rekod tanpa kalah manakala Malaysia hanya mampu raih 4 mata hasil kemenangan ke atas Oman serta seri menentang Korea Utara.