Seorang lelaki merakam situasi di mana dia berhadapan dengan dua orang warga asing membuang sampah merata-rata di kawasan terbuka.

Menerusi video dimuat naik TikTok @faizahcorneralambudiman, sampah bersaiz besar dibuang warga asing terbabit.

Baca Juga:

Antara sampah dibuang seperti sofa, kipas meja, karpet, tilam, papan dan pelbagai lagi.

@faizahcorneralambudiman

Perangai sebegini harus dibenteras habis-habisan. Negara kita negara yang maju sejahtera. Usah kau berdiam diri . 🤬

♬ CikMan – sᴀʀɪᴘʙɪɴᴅᴏʟʟ

“Sekarang ini, kawasan ini tak boleh buang sampah. Kena panggil tong roro untuk bawa buang barang-barang ini,” tegur lelaki tempatan kepada warga asing terbabit.

Sejurus ditegur, warga asing itu berjanji akan mengemas semula sampah-sampah yang dibuang di kawasan terbuka itu.

Tindakan berani lelaki itu bersuara menegur warga asing terbabit mendapat pujian netizen.

'Dah Bagi Muka, Naik Kepala' – Lelaki Tegur Warga Asing Selamba Buang Sampah Merata
Sumber Gambar: TikTok @faizahcorneralambudiman

Netizen turut berharap agar pihak berkuasa dapat campur tangan memantau kawasan perumahan yang ramai warga asing kerana mereka sering kali mengotorkan kawasan setempat.