Parkir mengundur merupakan salah satu cara untuk memudahkan pemandu keluar dari kawasan letak kereta dengan mudah.

Bagaimanapun ada satu kisah menarik di mana seorang penghuni kawasan perumahan melakukan perkara berbeza daripada penduduk yang lain yang telah mencuri perhatian netizen.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Menerusi video TikTok @zamal_jiwamalaikat, terdapat sebuah kereta Honda yang tidak diletakkan dalam keadaan parkir mengundur seperti kereta-kereta lain.

@zamal_jiwamalaikat

kekadang Kita hanya nampak KEKURANGAN namun RUPANYA niatnya sangat baik WALAU sekecil INI di ambil berat dan Mari Kita doakan agar EMPUNYA niat ITU di mudahkan urusan dan dilimpahkan REZEKI YG TAK putus dari ALLAH SWT. #kerenah #jiran #perihatin #JIWAMALAIKAT #AKADEMITTSOCIETY @AB ANUAR @AKMA ALEE ….. @YUZARUL @mohamadhalimhusna @mokhtarabubakar2 @CIKUN πŸ†ƒπŸ†‚πŸ…² @kayazlee @mfaqahah

♬ original sound – JIWA MALAIKAT – JIWA MALAIKAT

Apabila ditanya mengapa pemilik Honda City itu berbuat sedemikian, ternyata jawapannya membuat orang ramai kagum dan hormati keperibadian beliau yang tinggi itu.

“Bila tanya kenapa, dia menjawab dia tidak mahu asap karbon monoksida bila hidupkan enjin kereta masuk ke dalam rumah jiran-jirannya,” kata TikTok @zamal_jiwamalaikat.

Ramai warganet memuji kebiasannya pemilik Honda itu selama 20 tahun berada di kawasan perumahan tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @zamal_jiwamalaikat

Orang ramai mendoakan kesejahteraan buat pemilik Honda City kerana mempunyai common senseΒ yang tinggi terhadap jiran-jiran yang tinggal di tingkat bawah.

Dalam masa sama warganet berharap sedikit-sebanyak ia dapat mengajar masyarakat untuk meletakkan kenderaan mengikut kesesuaian waktu dan lokasi setempat.