Netizen mengecam tindakan segelintir mahasiswa yang mulai menjadikan Family Mart pula tempat untum mereka belajar berkumpulan dan membuat assignment.

Jika dahulu McDonald’s menjadi ‘port’ pilihan mereka. Kini mereka beralih kepada Family Mart Mart. Ramai percaya ianya kesan daripada boikot ke atas McD. Bukan sahaja memberikan kesan kepada jualan di McDonald’s tetapi turut memberikan kesan migrasi budaya itu dibawa ke Family Mart pula.

Netizen berharap pihak Family Mart melakukan sesuatu untuk membendung budaya yang dianggap menjengkelkan ini.

Ada yang hairan kenapa pelajar pelajar ini tidak belajar sahaja di perpustakaan yang lebih tentang? Adakah mereka sengaja mahukan suasana?

Perkara itu di laman Saya Anak Perlis yang menulis: “Tempat sempit jugak la nak buat assignment. Bila tanya, lama lagikah? Sebab family kita nak makan. Selamba jawab, lama lagi ni bang. Saya tengah siapkan assignment.”

Seterusnya difahamkan selepas ditegur oleh staf yang berada di situ, mereka masih berdegil dan tidak mahu beredar.

“Makanan tak ada pun atas meja. Staf tegur pun tak jalan terus keras kat situ. Yang ni orang Perlis kata ketegaq ni. Harap Family Mart lebih cakna bab ini,” tulis pengadu lagi.

Dah Tak Buat Assingment Dekat McD, Sekarang Ini Family Mart Pula Jadi Sasaran

Rata rata netizen memang kurang berkenan dengan budaya tersebut. Kerana ruang yang disediakan itu adalah untuk menjamah makanan. Bukannya untuk belajar berjam jam untuk menyiapkan tugasan.