Apabila sesebuah kedai makan menjadi popular dan menerima ribuan pelanggan pada saban hari, ada sahaja ada individu yang tidak senang dengannya lalu melakukan khianat melalui sihir.

Baru-baru ini, seorang food reviewer bernama Botak Makan menerusi akaun peribadi Facebook telah berkongsi satu pengalaman mistik ketika mahu ke sebuah kedai popular di Selangor.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Pada mulanya, dia bersama keluarga dalam perjalanan ke kedai makan berkenaan. Sebaik tiba di destinasi, mereka langsung terpinga-pinga kerana tidak nampak bangunan kedai makan yang dimaksudkan.

Namun, dia bersama isteri dan ibu bapanya masih berusaha mencari-mencari di sekitar lokasi yang baru disinggah. Mereka tetap gagal menjejak kedai makan tersebut dan hanya mengesan sebuah kedai runcit yang berada berdekatan kawasan itu.

Sumber Gambar: Intelligent Transport

Beranggapan mungkin lokasi yang dipin berkenaan ada ralat dari segi jarak, dia pun bergerak sedikit ke hadapan sehingga 100 meter jaraknya dari tempat asal yang ditunjukkan Waze sebentar tadi.

Namun keputusan masih tetap sama yang mana masih tiada tanda-tanda kewujudan kedai makan yang mereka cari waima di sisi jalan kanan atau kiri yang dilalui.

Untuk mendapatkan kepastian lokasi yang sebenar, dia telah membuat panggilan dengan pemilik kedai makan.

Pemilik lalu mengesahkan bahawa dia sebenarnya sudah sampai ke lokasi tersebut dan meminta mereka untuk berpatah balik ke lokasi sebelumnya.

“Belakang dik. Patah balik. Nampak akak tak?,” ujarnya kepada food reviewer.

Dia mendakwa masih tidak nampak kelibat sesiapa namun beberapa detik kemudian barulah kelihatan jelas seorang wanita melambai-lambai tangannya 100 meter di belakang melalui cermin sisi kereta.

Setelah berpusing balik dan menghampiri kakak tersebut, mereka terkejut kerana tempat yang wanita itu tunggu adalah sama dengan tempat mereka berhenti 10 minit lalu.

Berasa tidak percaya dengan kejadian itu, dia mendedahkan kedai makan tersebut memang berada di sebelah kedai runcit yang mereka temui pada awal tadi.

Sumber Gambar: TikTok Botak Makan

Lebih mengejutkan lagi, kedai makan itu sedang dipenuhi pelanggan dan bersusun kereta di parkir namun tidak kelihatan sebelum itu.

Sumber Gambar: FB
https://www.tiktok.com/t/ZS2MF9p2n/

Misterinya tidak terhenti di situ kerana dikatakan ramai yang mengadu telah berdepan perkara yang sama ketika mahu ke kedai tersebut seperti tidak nampak kewujudan kedai atau kelihatan tutup pada mata kasar mereka.

Sumber Gambar: TikTok Botak Makan

Dalam pada itu, dia mendedahkan lauk-pauk yang dijual semua sedap belaka dan unik tetapi sayangnya perniagaan tersebut telah disabotaj.

Di pengakhiran hantaran, dia mendoakan agar pemilik akan tabah menghadapi dugaan sebegini, dipelihara daripada sebarang musibah dan juga ditunjukkan jalan keluar bagi setiap masalah (termasuklah kes ini).

Dia turut sempat memesan kepada orang ramai untuk datang kedai makan tersebut untuk memberikan sokongan kerana terbukti makanannya sedap dan atmosfera kedai yang cukup menyamankan.