Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti mengimpikan dikurniakan cahaya mata yang pasti akan mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan mengembangkan keturunan keluarga.
Namun, ramai terlepas pandang bahawa anak bukan sekadar anugerah, tetapai ia sesuatu amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada pasangan-pasangan di luar sana.

Oleh kerana anak merupakan amanah yang begitu besar, maka ibu bapa perlu bersedia dari sudut mental, fizikal dan kewangan yang secukupnya.
Bagaimanapun, tular di media sosial baru-baru ini sebuah tangkap layar berkisar seorang individu yang cemburu dengan sepupunya yang hidup tanpa anak jauh lebih baik kerana boleh membelanjakan wang untuk diri sendiri.
Dalam masa yang sama, dia berpendapat memiliki anak adalah satu yang membebankan kerana perlu tanggung kos yang besar dalam membiayai anak dalam pelbagai aspek seperti pembelajaran, pakaian dan sebagainya.
Tidak terhenti di situ, seorang individu lain turut bersetuju dengan pendapat itu dan berkongsi kisah kenalannya yang juga mengamalkan childfree di mana mereka bebas untuk berjalan ke serata tempat dan melawat keluarga dan belanjan anak buah tanpa perlu fikir tanggugan masa panjang.

Lebih mengejutkan lagi, apabila semakin ramai netizen yang mendedahkan mereka juga memilih untuk tidak memiliki anak kerana rasa terbeban dan mahu berseronok dengan wang yang dimiliki.
Tambah mereka juga, tiada guna mempunyai cahaya namun tidak mampu menyediakan kelengkapan secukupnya lalu menyiksa jiwa raga anak di kemudian hari.
Sementara sebahagian netizen lain pula berpendapat sebaliknya dengan menegaskan bahawa trend ini sudah menyimpang daripada ajaran Islam.
Selain itu, golongan yang menentang dakyah ini turut menasihati pasangan yang berniat mahu mengamalkan budaya childfree untuk yakin dengan rezeki Allah S.W.T yang terbentang luas buat setiap hambanya.
Bukan itu sahaja, ramai netizen berkongsi pendapat mengenai childfree dan menceritakan pengalaman manis mempunyai anak walaupun dilanda dengan pelbagai masalah dalam hidup.


Perkara ini turut menarik perhatian seorang Profesor Madya di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam APIUM, Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin yang mana berpandangan trend tidak mahu ada anak atau ‘childfree’ adalah tidak Islamik.