Tular baru-baru ini di media sosial apabila terdapat seorang pengguna Facebook Nana Ng memaklumkan terpaksa membayar sehingga RM23 menerusi pembelian burger jalanan di Kepong.

Perkongsian wanita tersebut secara tidak langsung turut mendapat perhatian netizen yang terkejut harga burger jalanan yang seolah sama dengan harga burger di restoran fast food.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sebalik perkongsian yang tular, salah seorang individu bertanggungjawab iaitu Ketua Pemasaran Dan Latihan Otai Burger Malaysia Malaysia, Muhammad Syamrie Anuar tampil menjelaskan isu di sebalik harga burger yang didakwa ‘mahal’ berkenaan kepada mStar.

Sumber: facebook nana ng

Menerusi perkongsian, beliau memaklumkan pelanggan berkenaan hadir ke untuk membeli burger di Otai Burger cawangan Kepong. Harga RM23 yang dibayar wanita tersebut bukanlah bagi sebiji burger sebaliknya dua burger.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut memesan dua burger ayam spesial yang mengandungi dua keping patty ayam, telur, keju dan empat jenis sayuran sekaligus menjelaskan harganya yang bernilai RM11.50 bagi setiap satu burger yang dipesan.

Selain itu, Muhammad Syamrie turut memaklumkan pihak staf sudah memaklumkan kepada pelanggan ini terlebih dahulu mengenai pesanan yang dibuat manakala papan menu beserta harga turut tersedia di bahagian hadapan gerai. Malah, pelanggan tersebut bukanlah pertama kali membeli di gerai berkenaan.

Beliau turut memaklumkan tindakan wanita berkenaan untuk berkongsi di media sosial beserta harga dengan seolah mahu sabotaj perniagaan mereka. Sebaliknya, beliau berharap agar membuat aduan kepada pihak mereka terlebih dahulu sekiranya berlaku sebarang keraguan.

Perkongsian wanita tersebut secara tidak langsung telah membuat jenama Otai Burger yang puluhan tahun dibangunkan itu tercalar menurut beliau. Diharap situasi seperti ini tidak lagi berulang kerana mampu membawa kepada persepsi buruk kepada sesebuah bisnes sebaliknya berbincang terlebih dahulu mengenai harga dan pesanan kepada pihak pekedai.

Ketahui lebih lanjut perkongsian yang dibuat wanita mengenai burger jalanan bernilai RM23 dengan klik pautan di bawah.

Dikenakan Harga RM23 Untuk Burger Jalanan, Perkongsian Wanita Ini Cetus Perbincangan Netizen

Warga China Berusia 33 Tahun Beli Hartanah Bernilai RM371 Juta Secara Tunai Di Itali

Sumber