Seperti ramai sedia maklum, pihak Jabatan Agama Islam di beberapa buah negeri sememangnya aktif dalam mencekup pasangan yang didakwa berkhalwat di hotel sebagai langkah untuk mencegah zina.

Situasi ini turut terjadi di Melaka baru-baru ini apabila pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah mencekup sepasang kekasih berusia 29 dan 28 tahun di sebuah hotel bajet di Klebang pada jam 1.55 pagi.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan sewaktu ditahan, pihak lelaki tersebut tampil mendakwa bahawa wanita yang bersama beliau dalam bilik tersebut adalah adik kandungnya.

Walau bagaimanapun, selepas 10 minit siasatan dibuat, menerusi bukti yang ada, lelaki ini terpaksa mengaku bahawa beliau sekadar mahu berehat di bilik tersebut bersama kekasihnya.

“Ketika diminta menjelaskan situasi berdua-duaan dengan seorang wanita, pemuda itu berkali-kali mendakwa pasangannya itu adalah adiknya. Namun gagal memberikan sebarang bukti atau dokumen berkaitan.

“Selepas hampir lima minit menjelaskan perkara itu, mereka akhirnya mengaku bukan adik beradik dan bermalam di situ untuk berehat,” kata Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat.

Dilaporkan pasangan tersebut kemudiannya telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkurung hingga mendatangkan syak dengan seorang perempuan bukan muhrim.

Denda tidak melebihi RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali antara yang dikenakan jika disabitkan kesalahan. Pasangan tersebut antara 10 pasangan kekasih yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Tahun Baharu Cina di kawasan Simpang Ampat dan Rembia, Alor Gajah.

Sumber