Freemason sebuah organisasi rahsia yang muncul di antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Ia telah wujud dalam berbagai bentuk di seluruh dunia. Keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta – hampir separuh daripada ahlinya datang dari England, Scotland, Ireland dan Amerika Syarikat.
Tiga prinsip utama Freemason ialah persaudaraan atau “brotherly love” (bersifat toleransi dan ramah antara satu sama lain); kebajikan atau “relief”(melakukan kerja amal dalam kalangan ahli serta komuniti secara umumnya); dan kebenaran atau “truth” (menuntut kebenaran dalam semua perkara, mengamalkan integriti dalam tindakan harian, dan mematuhi standard moral yang tinggi).
Di Malaysia sahaja, ahli Freemason telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit kepada pelbagai pertubuhan amal dan orang persendirian yang bersifat berbilang kaum dan agama, lapor Dr Ranjit Singh Malhi seperti yang dipetik di Malaysiakini.
Just like Trayvon Martin, y’all rioting and looting over another Freemason sacrifice to bring you closer to dying in the street.
Enjoy tho.
Via: Stephen Jackson Instagram/April 17, 2016 pic.twitter.com/CEhOiV608k
— Larry Johnson (@2LarryJohnson7) May 31, 2020
Freemason juga telah menyumbang kepada pelbagai teori konspirasi yang besar, antara teori kontroversi yang baharu adalah melibatkan kematian seorang lelaki Afrika-Amerika, George Floyd yang telah memacu kepada situasi genting perkauman yang melanda negara Amerika Syarikat.
Bekas bintang NFL Larry Johnson telah membuat tuntutan ‘aneh’ beberapa hari yang lalu. Dia mengatakan bahawa kematian Floyd adalah salah satu kematian yang dirancang oleh organisasi Freemason dan pemuja syaitan. Johnson yang obses dengan organisasi ini setelah bersara dari NFL mempunyai beberapa teori yang mengaitkan kematian Floyd dan Freemason.
Johnson dalam satu bebenang ciapannya menyatakan bahawa Floyd didakwa sebagai mangsa kepada pengorbanan organisasi rahsia ini seperti Trayvon Martin, seorang kanak-kanak Afrika-Amerika yang ditembak oleh George Zimmerman pada tahun 2013.
Tidak cukup dengan itu, Johnson memuatnaik satu gambar yang menunjukkan tong sampah yang telah dilukis dengan grafiti nombor ‘666’. Sambil menyatakan bahawa, “Amerika TIDAK AKAN jujur dengan dirinya sendiri, secara rohani ATAU dari segi kewangan, dan ini akan mengorbankan nyawa orang-orang yang jahil,” tulis Johnson.
Why do you think out of all the police brutality deaths, Trayvon Martin & George Floyd are THE biggest protests nation wide?
America WILL NOT be honest with itself, spirituallyOR financially, and it will cost the lives of the ignorant.
(666 around the trash cans) pic.twitter.com/QqSljcvyKf
— Larry Johnson (@2LarryJohnson7) May 31, 2020
Teori kematian Floyd di tangan Freemason turut dibincangkan di laman Reddit. Beberapa pengguna mengaitkan tatu di dadanya adalah simbol Freemason yang dikenali sebagai ‘order of chaos’. Mereka turut mempersoalkan tatu burung helang yang terdapat di dada Floyd dan hubungannya dengan organisasi rahsia tersebut.
Walaubagaimanapun, teori ini dinafikan oleh seorang pengguna Reddit, dia menyatakan bahawa lambang ‘order of chaos’ adalah burung Helang dengan dua kepala yang berpaling di antara satu sama lain. Logo burung Helang dengan dua kepala juga akan hadir dengan satu sepanduk yang tertulis Ordo AE Chao.
“Ini tidak perlu dibahaskan. Dia boleh menjadi sebahagian dari Freemason. Itu tidak penting. Freemason tidak memiliki kekuatan nominal, apalagi kemampuan untuk membuat rusuhan secara nasional.
Ordo Ae Chao tidak bermaksud Order of Chaos. Ia bermaksud Order out of Chaos. [Di mana, ia] agak bertentangan dengan rusuhan [yang berlaku di seluruh AS].”
Walau apapun, teori kematian Floyd yang dikaitkan dengan Freemason masih gagal dibuktikan. Mungkin ia hanya sebahagian daripada ‘penyedap cerita’ oleh orang-orang yang obses dengan teori konspirasi.
Apa yang pasti, kematiannya di tangan seorang pegawai polis telah menyebabkan kekacauan di beberapa bandar-bandar besar di seluruh Amerika Syarikat. Situasi ini juga telah berjangkit di beberapa negara lain di mana protes yang sama turut diadakan. Orang ramai telah turun ke jalan raya dan merusuh dengan kekejaman pihak polis ke atas kaum Afrika-Amerika.
Untuk bacaan lanjut mengenai situasi rusuhan yang terjadi disebabkan kematian George Floyd, klik pautan di bawah.
Tidak Sampai Seminit RM368,000 Lesap, Butik Louis Vuitton Dirompak Semasa Demo George Floyd
Rakyat Malaysia Turun Padang, Bantu Bersihkan Kota Minneapolis Selepas Protes George Floyd