“Berjalan di jalan-jalan KL bukan untuk yang lemah,” itu kata seorang pelancong wanita yang bercuti di Malaysia baru-baru ini.

Dia kata sedemikian selepas menghadapi masalah untuk melintas jalan raya sibuk di tengah-tengah ibu kota.

Baca Juga:

Menurutnya, melintas jalan raya di Malaysia merupakan ‘mod budak-budak’ bagi negara-negara di Asia Tenggara. Bagaimanapun dia sudah tidak dapat tahan lagi kepayahan untuk melintas jalan di negara ini.

Walaupun video berdurasi kurang 10 saat, dengan ketajaman mata netizen didapati pelancong wanita itu melintas ketika lampu isyarat pejalan kaki berwarna merah — di mana pada waktu itu memang kenderaan sedang bergerak di laluan utama jalan.

Pada masa sama warganet turut menegur segelintir netizen yang mencadangkan pelancong wanita itu untuk ‘mengangkat tangan’ semasa melintas sebagai isyarat kepada kenderaan untuk memberikan laluan kepadanya.

Ini kerana ia boleh mengundang bahaya sekiranya pengendali kenderaan tidak memperdulikan isyarat tangan tersebut, lalu boleh menyebabkan kemalangan.