YouthSAYS, platform utama yang dikendalikan oleh anak muda Malaysia, menyeru golongan muda seperti penulis, pencerita, dan pemimpin pemikiran untuk menghantar artikel dan menyuarakan pandangan mereka.

Platform itu menyediakan ruang unik bagi para penyumbang untuk berkongsi idea, mencetuskan perbincangan bermakna, sekaligus memberi inspirasi kepada perubahan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2024, YouthSAYS telah menjadi pusat buat anak muda untuk menyampaikan pendapat segar dan autentik mereka dengan menampilkan artikel yang ditulis oleh para pelajar dari seluruh Malaysia.

Penulis-penulis muda ini telah membincangkan pelbagai topik menarik, daripada pembangunan peribadi sehinggalah perubahan sosial, malah termasuklah topik kasual seperti tip penjagaan kucing

Daripada Anak Muda Kepada Anak Muda, YouthSAYS Platform Suarakan Pandangan Berinspirasi

Terdahulu, Nur Ramizah Safwah menjadi penyumbang buah fikiran yang kritis dengan tajuk penulisan “Saya Rasa Pendidikan Seks Perlu Diajar di Sekolah Malaysia. Ini Sebabnya”.

Artikel ini dihasilkan bagi mendalami cabaran dan salah tanggapan mengenai pendidikan seks di Malaysia, serta menyokong pengajaran dan pembelajarannya dalam kurikulum sekolah melalui pendekatan yang sesuai mengikut peringkat umur.

Sementara itu Pearlyn Tee pula berkongsi pengalaman peribadinya dalam menghadapi salah satu peralihan hidup yang paling penting menerusi tajuk penulisan ‘Jalan Saya Menuju Pertumbuhan Dan Ketahanan Diri Ketika Beralih Dari Sekolah Ke Universiti’.

Penulisan tersebut menceritakan fasa emosi turun naik dalam peralihan dari persekitaran sekolah yang terstruktur kepada kebebasan kehidupan universiti. Berdasarkan pengalamannya di Heriot-Watt University Malaysia, beliau membincangkan tentang cabaran awal, tekanan untuk cemerlang, dan pentingnya membina ketahanan diri.

Daripada Anak Muda Kepada Anak Muda, YouthSAYS Platform Suarakan Pandangan Berinspirasi

“Kami mencipta YouthSAYS untuk memberi anak muda platform bagi berkongsi pemikiran dan pengalaman mereka. Perspektif mereka penting, dan mereka sudah pun memberi impak pada hari ini. Kami teruja untuk melihat apa yang mereka ingin katakan, dan kami bangga menyediakan ruang yang selamat dan terbuka untuk mereka melakukannya.

“Sepanjang tahun lalu, saya sangat kagum membaca artikel sumbangan mereka, dan kami tidak sabar untuk mendengar lebih banyak lagi daripada anak muda yang bersedia berkongsi suara, cerita, dan pendapat mereka,” kata Laila Zain, Ketua Rangkaian Bahasa Inggeris, REV Media Group.

YouthSAYS sedang mencari artikel yang autentik dan menarik. Penyumbang digalakkan untuk membawa suara dan idea unik mereka, menjadikan platform ini cerminan sebenar kepelbagaian dan kreativiti generasi muda Malaysia.

Untuk menghantar artikel atau mengetahui lebih lanjut, layari youth.says.com.

Sumber