Seorang bergelar Datuk Seri antara yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa mengemukakan tuntutan mengandungi butiran palsu berjumlah RM360 juta.

Menurut laporan The Edge Malaysia, suspek yang terdiri tiga lelaki dan seorang wanita berusia 50-an dan 70-an ditahan pada Selasa ketika mereka datang untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Baca Juga:

Datuk Seri
Sumber: Harian Metro

‘Datuk Seri’ Ditahan SPRM

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan kesalahan itu antara 2016 dan 2017.

“Keempat-empat suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berjumlah sekitar RM360 juta, menggunakan dana sukuk untuk projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1.3 bilion,” kata sumber yang memberitahu kepada The Edge.

Datuk Seri
Sumber: Berita Harian

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata keempat-empat suspek termasuk ‘Datuk Seri’ akan dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya pada pagi Rabu untuk direman.