Seorang individu berpangkat Datuk dilaporkan sudah 8 bulan tak bayar sewa rumah.

Tuan rumah dilaporkan menanggung kos yang sangat tinggi untuk membayar loan kepada bank hampir RM10,000 sebulan.

Apa yang menyedihkan Datuk tersebut dikatakan kuat beralasan untuk mengelak membayar sewa rumah.

Tuan rumah bergolok bergadai untuk menanggung kos membayar rumah itu kepada bank. Sehinggakan tuan rumah terpaksa bersemuka sendiri dan meminta Datuk tersebut keluar serta merta daripada rumah mewah tersebut.

Tuan rumah sendiri berhasrat untuk menjual rumah tersebut kepada Datuk tersebut, namun perjanjian gagal dimeterai kerana kegagalan Datuk tersebut membayar sewa rumah serta bayaran ansuran yang dijanjikan.

Datuk culas bayar sewa rumah

Datuk tersebut meminta tempoh dalam 2 minggu lagi. Namun keluarga tuan rumah tersebut menyatakan mereka sudah bosan mendengar alasan demi alasan diberikan Datuk tersebut.

Dan meminta agar Datuk tersebut keluar sahaja daripada rumah tersebut, jika tak mampu untuk membayar sewa dan tidak perlu memanipulasi keadaan.

duit

Menurut perkongsian yang dibuat: “Seorang individu berpangkat Datuk, tak bayar rumah sewa almost 7-8 bulan tapi dia punya pusing memang macam gasing. Tapi betul la orang kaya ni kebanyakkan kedekut

“Tapi kesian tuan rumah nak bayar loan sebulan dekat RM10,000 itu belum kira nak kene bergolok bergadai nak tampung bayar bank.”

Tuan rumah kecewa kerana penyewa tersebut suka mengelakkan diri. Tuan rumah menegaskan bahawa dia selama ini hanya berdiam diri dalam masa 3 tahun Datuk tersebut menyewa rumah itu.

Dia menanggung kesusahan itu sendiri kerana enggan bersikap biadap.

Bukan zalim namun ini kisah sebenar

Kemudian pengguna TikTok bernama Farez Adnan, menegaskan bahawa, mereka bukannya mahu menganiaya Datuk tersebut.

Namun ibu angkatnya terpaksa bergolok bergadai dan terpaksa keluar daripada rumah sewa dia sendiri dan menjual emas serta mengeluarkan simpanannya untuk menanggung kos rumah yang disewa Datuk tersebut.

Datuk tersebut berterusan memberikan pelbagai alasan termasuk projek tergendala dan sebagainya.

Farez menyatakan bahawa mereka sudah setuju untuk menjual rumah tersebut kepada Datuk itu, namun malangnya, berlaku kesulitan dalam pembayaran dalam sewa beli.

Kemudian Datuk tersebut membayar sebahagian wang dan menyatakan bahawa itu adalah bayaran sewa bulanan dan dia tidak mampu membayar ansuran seperti diminta.

Itupun Datuk tersebut gagal membayar sewaan bulanan. Jadi dia berpendapat bahawa, lebih baik Datuk tersebut keluar sahaja daripada rumah itu agar ibu angkatnya dapat mencari penyewa dan pembeli baharu.

Seterusnya, keadaan rumah tersebut juga dikatakan semakin teruk dan tak terurus.

“Rumah itu berharga jutaan ringgit. Lebih lama kamu tak bayar, lebih besar kos dan faedah yang kamu tanggung untuk dibayar kepada bank dan lebih tinggi kos penyelenggaraan untuk ditanggung,” tegasnya.

Lalu mereka memutuskan untuk menularkan isu tersebut.