Oleh kerana permintaan tanah di ibu kota Kuala Lumpur semakin meningkat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang untuk membina sekolah konsep baru dengan pembinaan bangunan setinggi antara 10 hingga 17 tingkat.

Memetik MalaysiaKini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Zaliha Mustafa berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan terlebih dahulu.

Baca Juga:

Menurutnya, konsep sekolah sebegitu banyak digunakan di Australia yang turut dilengkapi dengan padang aktiviti sukan.

Dalam masa sama, ia tidak akan meminggirkan elemen penting pelajaran termasuk kemudahan serta pembangunannya.

“Keluasan tanah yang sangat terhad dan harga yang melambung tinggi menjadi cabaran kepada kita. Oleh itu DBKL bercadang dan juga akan berbincang dengan KPM nanti untuk memperhalusi konsep pembinaan menegak dalam pembinaan sekolah baru.

“Konsep ini digunakan secara meluas di Australia yang mana dulunya sekolah ini secara konvensional merangkumi padang dan kawasan rekreasi dan kini dipadatkan menjadi sekolah dua blok 10 ke 17 tingkat tanpa mengorbankan elemen penting dalam pelajar begitu juga elemen sukan dan rekreasi,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sumber