Ada segelintir pihak tuduh DBKL gagal uruskan Bazaar Ramadan kali ini.
Namun pandangan negatif itu segera dihentam oleh peniaga dan netizen yang lain.
Peniaga memuji pengurusan DBKL pada tahun ini dalam memastikan peluang sama adil kepada semua peniaga. Kali ini DBKL mengambil sepenuhnya pengurusan Bazaar Ramadan
Netizen hairan dengan ada pihak yang melabel DBKL gagal dalam mengendalikan Bazaar Ramadan tahun ini termasuk permohonan lesen penyelenggaraan.
Kartel atau ayahanda sahaja yang suka merentan
Netizen melabel pihak yang kuat merentan ini mungkin mereka yang menyokong kartel lesen Bazaar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.
Afiq Roslan menulis: “Tak pernah seumur hidup aku terfikir boleh meniaga kat bazaar di bawah DBKL.
“Sebab dulu kalau nak mohom, sudah tentu kena lalu persatuan, nak kena kenal orang dalam.
“Kalau kenal ayahanda, dapat la harga RM1.5k. Kalau kenal adik ayahanda, dapat RM2k.
“Kau takde connection? Jangan harap boleh dapat.”
Afiq kemudian memuji pengurusan DBKL yang lebih pro aktif membanteras kartel Bazaar Ramadan ini. Dengan menyatakan bahawa sewa tapak untuk satu lot hanya RM700.

Berbanding sebelum ini ada pihak tak bertanggungjawab membuatkan berlaku ‘mark up’ harga sehingga mencecah RM50,000. Sistem kali ini dianggap lebih telus dan lebih mudah.
“Selepas DBKL ambil alih kendalikan tapak, sistem telus, straightforward.
“Hiccup [masalah] sikit-sikit tu ada la sebab baru pertama kali mereka [DBKL] nak kendalikan semula kan.
“Tapi Alhamdulillah, dari tak pernah terfikir, tahun ni dapat sertai peniaga di bazaar Wangsa Maju. Thank you menteri & DBKL.
“Bab Jalan TAR jangan cakap la. Dulu lot biasa cecah sampai RM25k. Lot corner dengar cerita sampai RM40-50k. Padahal DBKL caj 700 sahaja. Mana la member tak angin.”
Siapa kata DBKL gagal uruskan Bazaar Ramadan?
Kenyataan itu disokong oleh netizen yang lain, yang mendakwa memang ada sistem ‘ayahanda’ yang menjaga tapak Bazaar Ramadan yang mengambil untung atas angin.
Mereka inilah yang menuduh DBKL gagal uruskan Bazaar Ramadan kali ini kerana sudah tidak dapat ‘cari duit atas angin’ kata peniaga.
“Alhamdulillah, kali ini dorang ni semua hilang arah sebab dah tak boleh kaut duit atas angin. Terbaik kerajaan Madani!,” tulis Emy.
Td feedback tuan ni kami bincangkan dlm live room politik salah sorg sahabat kami. Suami saye baru je cite smlm psl ayahanda tapak ni. Same mcm ape tuan cite kan. Alhamdulillah, kalini dorg ni smua hilang arah sb da tak blh kaut duit atas angin. Terbaik kerajaan Madani! 👏🏻👏🏻
— emyn🇲🇾 (@emynon7) March 15, 2025
Kemudian DBKL menerusi Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah RM2,700 adalah jumlah sewa tapak tambah cagaran untuk Bazaar Aidilfitri.
Cagaran akan dipulangkan apabila peniaga tidak melanggar sebarang syarat kontrak sepanjang berniaga di Bazaar Ramadan dan Bazaar Aidilftri yang sewanya cuma RM500 sudah termasuk cagaran RM200.
Jadi adalah tidak masuk akal untuk menuduh DBKL gagal uruskan Bazaar Ramadan pada tahun ini.
Fuad berkata: “Serius la cuma RM700 je? RM2,000 cagaran. Kau jaga elok, dipulangkan semula. Nikmat apa nak dusta lagi.”
Serius la RM700 je??? RM2000 cagaran. Kau jaga elok, dipulangkan semula.. nikmat apa nak dusta lagi
— MFFH (@mhmmdfuad) March 14, 2025
Seorang lagi berkata: “Sewa sebulan RM700 je dekat KL untuk bazaar pakaian kering pun masih nak bising lagi elok kau stop meniaga la jembalang tanah.
“Kalau RM2700 sekalipun masih terlalu murah kalau nak bandingkan dgn yg sblm ni punya. Sebelum ni lagi la mahal berpuluh puluh ribu harga,” tambah netizen yang mengecam pihak yang cakap DBKL gagal uruskan Bazaar Ramadan.
Sewa sebulan 700 je dekat KL bazaar pakaian kering pun masih nak bising lagi elok kau stop meniaga la jembalang tanah. Kalau 2700 sekalipun masih terlalu murah kalau nak bandingkan dgn yg sblm ni punya. Sblm ni lagi la mahal berpuloh puloh ribu harga. Ni semua permaian ES bodoh
— TeD 🇵🇸 (@BukanWanted) March 14, 2025