Pada Isnin lalu tular berita mengenai sistem perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digodam, serta penggodam meminta wang meminta wang tebusan sebanyak USD55 juta (RM236.17 juta).
Memetik kenyataan rasmi DBKL, sistem perkhidmatan dalam talian memang mengalami gangguan teknikal sebelum ini, namun tidak membabitkan sebarang tuntutan wang.
Baca Juga:
- Sistem DBKL Digodam, Ini Jumlah Wang Tebusan Yang Diminta
- Tunggakan Sewa PPR DBKL Cecah RM70 Juta
- Pelancong Ini Dicarut Peniaga Tepi Jalan Biadap, Netizen Minta DBKL Segera Ambil Tindakan
“Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.
“Perkhidmatan dalam talian seperti Adu@KL, e-prumahan, e-lesen, Tempah@KL, e-dog, e-kesihatan, e-klinik, Sistem Penilaian dan Pengurusan Harta (SPPH), Sistem Pnguatkuasaan Jabatan (SPJ) untuk urusan kompaun, portal utama, PSKL 2040, VISITKL, sistem emel DBKL dan EPIC iaitu sistem pembayaran telah berjaya dipulihkan serta kembali beroperasi seperti biasa,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Sistem DBKL sedang dibaik pulih berperingkat

Menurut beliau lagi, usaha pemulihan sistem-sistem lain sedang dilaksanakan secara berperingkat. Kesemua sistem itu dijangka akan beroperasi sepenuhnya bermula 23 Mei ini.
“Kami kekal komited dalam memperkukuhkan keselamatan siber dan menambah baik keupayaan infrastruktur teknolog isebagai langkah pencegahan terhadap sebarang gangguan pada masa hadapan.
“Kami amat menghargai kesabaran dan sokongan berkterusan daripada warga Kuala Lumpur serta memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” jelasnya lagi.

Terdahulu Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, mendakwa bahawa sistem dalam talian DBKL telah digodam.
Menurutnya, beliau menerima maklumat daripada seseorang yang dia anggap sebagai sumber yang boleh dipercayai dan percaya bahawa keadaan itu benar.