Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL robohkan 2 buah gerai haram yang berniaga tanpa kebenaran.

DBK telah menjalankan satu operasi perobohan struktur haram di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur – menurut sumber BH Online.

Operasi tersebut merupakan langkah berterusan DBKL dalam usaha memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga ketenteraman serta kebersihan kawasan bandar.

Dalam kenyataan rasmi DBKL, operasi ini dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi penting iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor Sdn Bhd.

dbkl
Foto: Facebook rasmi DBKL

Robohkan 2 buah gerai bukti DBKL komited tangani isu tersebut

DBKL robohkan 2 buah gerai di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. DBKL turut memaklumkan bahawa operasi bersepadu ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Selain robohkan 2 buah gerai dalam operasi di Taman Tenaga, DBKL juga sebelum ini telah mengambil tindakan terhadap lapan struktur haram yang didirikan di kaki lima sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Tindakan tegas ini menunjukkan komitmen DBKL dalam memastikan kawasan awam tidak disalahgunakan untuk pembinaan struktur tanpa kebenaran.

gerai haram

DBKL turut menegaskan bahawa pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang terus terpelihara.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pembinaan struktur haram boleh menyalurkannya kepada pihak DBKL melalui laman aduan rasmi di pautan https://adukl.dbkl.gov.my.

operasi dbkl

DBKL dalam kenyataan rasminya berkata: “Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melaksanakan operasi roboh struktur di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 16 April 2025.

“Antara agensi yang terlibat sama dalam operasi ini terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor Sdn. Bhd.

“Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 2 buah gerai telah dikenakan tindakan roboh di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa.

Rata rata netizen menyokong tindakan dan operasi bersepadu oleh DBKL dalam isu berkaitan. Dan mereka berharap operasi ini akan dapat diteruskan lagi.