Walaupun berada dalam kategori R-Rated, ianya langsung tidak menjejaskan kutipan box office Deadpool 2. Pada hari pembukaan, Deadpool mengutip USD53.3 juta di pasaran Amerika Syarikat. Setakat ini, Deadpool 2 sudah mengutip USD176 juta untuk kutipan seluruh dunia.

Kutipan ini nyata mengalahkan rekod yang dipegang oleh filem seram ‘It’ (USD123.5 juta) sebelum ini. Ianya juga telah mengalahkan rekod USD132.4 juta yang dibuat oleh filem pertama Deadpool.

Walaupun dikategorikan di bawah kategori R-Rated, dengan momentum yang ada Deadpool 2 bakal memecahkan beberapa rekod lagi dan filem ini masih belum lagi dibuka di pasaran China. Apa pendapat anda dengan filem ini?