Anda pernah buat begini, tak? Apabila nampak awan, terus minda anda pantas membayangkan bentuk-bentuk untuk menyamakan awan itu dengan objek sebenar? Pasti akan keluar pelbagai macam bentuk atau rupa seperti arnab, kuda, singa, bunga dan macam-macam lagilah yang boleh anda fikirkan.

Tahukah anda, fenomena psikologi ini dinamakan sebagai pareidolia, iaitu melibatkan stimulus samar ataupun rawak (biasanya sebuah imej atau bunyi) yang dianggap sebagai signifikan. Selain awan, beberapa contoh lain melibatkan pareidolia adalah melihat ibu sedang menyusu bayi di permukaan bulan atau mendengar mesej tersembunyi apabila sesebuah lagu dimainkan secara terbalik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, apabila intuitif pareidolia ini digunakan dengan sebaiknya, anda pasti dapat menangkap gambar-gambar awan yang sangat kreatif seperti berikut! Jom saksikan! :D

awan

Sumber: Bored Panda

Bagaimana? Sangat kreatif kan! Apa lagi, jom luaskan imaginasimu dan tangkap gambar awan di langit biru mengikut kreativiti anda. Selamat bereksperimentasi ;)