Seorang influencer tampil memohon maaf kepada warga Kelantan dan juga Cik Na dalam keadaan matanya kelihatan lebam. Tidak pasti kenapa mata dia lebam.

Ada yang menyatakan ianya sekadar filter. Apa yang jelas influencer tersebut sebelum ini mengkritik tindakan peniaga dari Kelantan yang kerap menaikkan harga.

Sebelum ini influencer tersebut telah mempersoalkan Cik Na membeli RXZ dengan harga tidak masuk akal.

Dia kemudian telah mengecam peniaga dari Kelantan yang menurutnya suka menjual barang dengan harga mahal termasuk RXZ dan juga kereta Honda.

@fitnahapahariini

Pokteh Racing mengamuk .. Kali ni netizen backup Pokteh isu viral RXZ harga Kelantan .. 😝😝 #anwaribrahim #PMX #sanusimdnor #jauhifitnah #malaysiamadani❤️💛💙 #MISI #perikatannasional #kerajaanperpaduan #Viral #infosahih

♬ bunyi asal – FitnahApaHariIni – FitnahApaHariIni

Sambil mencabar orang Kelantan datang bersemuka dengannya secara 1 lawan 1. Sambil menyatakan bahawa orang Kelantan biasanya penakut untuk bersemuka secara 1 lawan 1.

@shafiqfakhry

Aduh Cari Nyakit Laa.. Aku Risau Orang Buat Point Lain Nanti. #pokteh #mamagojes #rxzstilltheboss #kelantan

♬ original sound – SHAFIQFAKHRY – SHAFIQFAKHRY

Influencer tersebut turut mahukan penjelasan sama ada benar atau tidak Cik Na membayar RM140 ribu untuk sebuah motosikal RXZ. Dan akhirnya dia mendapat sendiri jawapan itu daripada tuan badan yang menyatakan bahawa akad jualan sudah dibuat.

@kuchhik

#poktehracing mitak maah seluruh rakyat kelate 😂#fyp viral terkini

♬ bunyi asal – 🦟 KUCIK_ – 🦟 KUCIK_

Tindakannya turut membuatkan ‘geng’ Honda dari Kelantan turut terasa hati. Mereka kehairanan, kenapa influencer tersebut membabitkan mereka dalam hal itu.

Kemudian baru baru ini influencer tersebut tampil meminta maaf kepada warga Kelantan dan Cik Na di atas kesilapan dan keceluparannya.

Dia tidak sangka isu tersebut semakin panas. Serta dia benar benar kesal di atas kesilapannya, dalam mempertikaikan pasal harga RXZ.

“Niat saya hanya mempertikaikan harga sahajalah, tiada niat melibatkan warga Kelantan. Kepada warga Kelantan maafkan saya, dia atas apa yang berlaku dalam sehari dua ini.

Sambil berharap orang Kelantan akan menerima kehadirannya untuk berniaga di negeri itu selepas ini.

“Dalam masa terdekat saya ada datang ke Kelantan untuk menjual air. Saya harap warga Kelantan terima kehadiran saya. Tak beli air pun tak apa, janji maafkan saya,” tegasnya.

Dia menyatakan apa yang berlaku adalah tidak disengajakan terutama sekali kesilapannya  dalam mempersoalkan harga daripada peniaga dari Kelantan.

@pokteh_racing3

#fyp #fyp #fyp

♬ bunyi asal – POKTEH_racing – POKTEH_racing