Tular satu klip detik cemas di mana seorang wanita dan anaknya yang nyaris diterkam oleh seekor beruk.
Menerusi rakam video CCTV yang dimuat naik X.com @update11111, wanita itu berlari sambil memeluk bayinya dari tepi rumah.
Baca Juga:
- Dera Monyet Sehingga Mati, Seorang Moderator TikTok Bakal Didakwa
- ‘Dendam’ Pernah Dibaling Selipar, Monyet Curi Nombor Plat Kereta Ini Buat Kali Ke-7
- Seekor Monyet Comel Pandai Bermain Drum Ditemui Di Pasar Seni. “Menakjubkan!”
Apabila tiba di hadapan sliding door, wanita itu sempat berhenti dan melihat beruk yang mengejar di belakangnya.
“beruk memang suka baby/budak..kene berjaga jaga dh lepas ni sis.. dia aim dh tu.. tingkap pintu xde grill jgn biar terbukak..Allahu nasib baik selamat emak dan anak..Allah masih pelihara” pic.twitter.com/6UDt2GzRAM
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) November 19, 2024
Kemudian dia segera berlari menyelamatkan diri masuk ke dalam pintu rumah.
Wanita itu bernasib baik kerana beruk itu tidak sempat menerkamnya sewaktu dia mahu menutup pintu gril rumah.
Video tersebut membuatkan ramai warganet berasa ‘seriau’ melihat detik-detik cemas tersebut.
Menurut warganet, beruk merupakan seekor haiwan yang menyukai bayi kerana ia mempunyai naluri seperti manusia.
Netizen turut menegur wanita itu kerana berhenti melihat beruk itu, sepatutnya dia terus berlari menyelamatkan diri sendiri dan bayinya terlebih dahulu.
Sekiranya dia lambat sedikit menutup pintu gril, terdapat kemungkinan perkara tidak diingini bakal berlaku.
Dalam masa sama warganet meminta pihak berkuasa tempatan dapat membantu menyelesaikan masalah beruk yang datang ke tempat manusia.