Bandar metropolitan Kuala Lumpur sememangnya kelihatan gah di mata semua orang tetapi sayangnya fasiliti pejalan kaki masih berada di tahap yang minimum.

Perkara ini menjadi bualan hangat apabila tular video memperlihatkan seorang pelancong Barat yang meluahkan kekecewaan dengan ketersediaan laluan penjalan kaki di Kuala Lumpur.

Pada mulanya, dia memuji Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat tetapi wujud isu di mana pejalan kaki menghadapi kesukaran untuk mencari laluan khas buat individu yang bergerak secara fizikal di tengah kota raya.

“Saya melihat sangat kurang warga tempatan berjalan di Kuala Lumpur, masih perlu berlari sebab kenderaan adalah segalanya di sini,” keluhnya.

Malahan, dia memberi di mana kereta boleh dikatakan raja sehinggakan boleh melanggar peraturan sesuka hati.

Hal ini kerana walaupun disaman oleh pihak berkuasa susulan meletakkan kereta di tempat larangan, mereka memilih untuk tidak membayarnya malahan tunggu sampailah ada tawaran diskaun. Malah, dia seperti tidak percaya tiada penalti atau interest dikenakan susulan kelewatan membayar saman dan dikira selesai tanpa hukuman yang berat.

Jadi, saman yang sepatutnya menjadi pengajaran ini sudah tidak menjadi efektif lagi dan orang ramai hanya akan melanggar peraturan selepas itu.

Malah, dia juga mungkin risau akan disaman oleh pihak berkuasa apabila berjalan bukan laluan pejalan kaki serta keselamatan dirinya yang terancam dengan keadaan trafik yang sesak.

‘Di KL lebih mudah langgar peraturan berbanding berjalan di laluan pejalan kaki,” selorohnya.

Dia menyimpulkan dengan berkata di Kuala Lumpur mudah untuk melanggar peraturan berbanding berjalan di laluan pejalan kaki yang sebenar.

@stefanstruikofficial

In Kuala Lumpur, it’s easier to break the law than to walk the street! #KLParkingHack #FineMeNot #MalaysianParkingCulture #JustWaitForDiscount #NoFineNoFear #ParkAnywhereKL #50PercentFineClub #LegalIfYouWait #TrafficFinesOnSale #DiscountedJustice #MalaysiaParkingMadness #FineLaterMaybe #WildWestParking #LawlessLanes #TicketTodayPayNever #FinesGoOnSale #KLDriverPrivilege #EnforcementOptional #JusticeAtHalfPrice #ParkingRebel

♬ original sound – stefanstruikofficial

Menjengah ke ruangan komentar, netizen tempatan mengakui telah sekian lama menghadapi masalah terbabit tetapi didakwa masih belum mendapat solusi yang sewajarnya dari kerajaan dalam menjaga kebajikan sejagat.

Mereka turut berterima kasih kepada pelancong berkenaan kerana membincangkan isu berkenaan dan mungkin akan mendapat perhatian kerajaan kelak.