Russian Knights (Русские Витязи – Russkiye Vityazi) adalah pasukan aerobatik elit Tentera Udara Rusia.

Mereka terkenal di seluruh dunia kerana persembahan udara yang menakjubkan dan penggunaan jet pejuang bersaiz penuh yang jarang digunakan oleh pasukan aerobatik lain.

@avrgecarguy

Kehadiran Russian Knight pada minute 0920AM beberapa minute selepas pelancaran LIMA2025. Hero selalu mai pada waktu terakhir! #russianknights #langkawi #lima25 #sukhoi

♬ original sound – Shada Anggerik 🇸🇬🇵🇸 – Shada Anggerik 🇸🇬🇵🇸

Walaupun pada asalnya dijadualkan tiba pada 19 Mei bersempena acara LIMA’25 , Russian Knights menghadapi sedikit kelewatan di Hainan, China.

@angahspotter

Su57 masih belum datang guys , mungkin tak jadi 🥲#fyp #LIMA25 #foryou #viral #malaysia #langkawi #sukhoi #su35 #russianknights #viral

♬ оригинальный звук – ꧁𝕊𝕠𝕦𝕝꧂

Namun, sembilan pesawat Sukhoi Su-35S mereka akhirnya mendarat di Langkawi pada pagi 20 Mei 2025 sekitar jam 9.20 pagi.

Pada kali ini, Mereka terbang menggunakan pesawat pejuang Sukhoi Su-35S, yang merupakan jet pejuang berkeupayaan tempur penuh dan bukan pesawat latihan taktikal yang lebih kecil.

Mereka juga dikenali kerana menggunakan Su-27 dan Su-30SM. Orang ramai menyambut kedatangan mereka dengan cukup gembira malah sentiasa menantikan kehadiran parajurit dari Rusia kerana sentiasa mempamerkan aksi akrobatik yang mengagumkan.

Mereka sanggup datang walaupun beribu batu jauhnya untuk setiap edisi LIMA yang diadakan di Malaysia ini.

Rupanya, dalam diam terbuku satu sejarah pahit yang telah lama disimpan atau kurang diketahui orang ramai mengenai satu tragedi yang melanda terhadap pasukan akrobatik dari Rusia pada suatu ketika dahulu.

Kronologi kemalangan Russian Knights 1995

russian knights
Sumber Gambar: aerobaticteams.net

Pada 12 Disember 1995, pasukan Russian Knights sedang dalam perjalanan pulang dari pameran udara LIMA ’95 di Malaysia. Mereka dijadualkan untuk mengisi minyak di pangkalan udara Cam Ranh, Vietnam.

Ketika menghampiri lapangan terbang Cam Ranh, cuaca sangat buruk dengan jarak penglihatan yang terhad dan kabus tebal. Formasi penerbangan itu diketuai oleh pesawat pengangkut Il-76, yang bertindak sebagai pesawat peninjau.

Punca Kemalangan

russian knights
Sumber Gambar: aeorbaticteams.net

Punca utama kemalangan ini adalah kesilapan tafsiran arahan corak pendekatan dan navigasi yang salah oleh juruterbang pesawat Il-76 yang mengetuai formasi. Juruterbang Il-76 membawa formasi itu membelok ke arah yang salah, terus ke arah gunung terdekat, bukan ke landasan.

Angka Korban

russian knights
Sumber Gambar: aeorbaticteams.net

Akibatnya, tiga jet pejuang Sukhoi Su-27 milik Russian Knights (dua Su-27 dan satu Su-27UB) yang terbang dalam formasi rapat di sayap pesawat Il-76, telah merempuh sisi gunung. Keempat-empat juruterbang yang berada di dalam tiga pesawat tersebut terkorban dalam insiden itu.

Pesawat Il-76 dan pesawat lain dalam formasi itu berjaya mengelak daripada bertembung dan mendarat di lapangan terbang Cam Ranh.

Pada tahun 1998, mahkamah memutuskan bahawa Jeneral V. Grebennikov, juruterbang yang mengetuai formasi Il-76, bertanggungjawab atas kemalangan tragis ini kerana memimpin formasi terlalu rendah dan terlalu dekat dengan lereng gunung dalam keadaan cuaca ekstrem.

Kemalangan ini merupakan tamparan hebat bagi pasukan Russian Knights, namun mereka berjaya bangkit semula dan terus melakukan pertunjukan aerobatik selepas itu.

Susulan itu, komitmen dan dedikasi mereka untuk tetap menghadiri acara LIMA sehingga ke hari ini memang layak dipuji bahkan ini mungkin barangkali salah satu cara penghormatan buat pegawai yang terkorban di dalam insiden yang cukup tragis itu dengan meneruskan legasi akrobatik mereka.