Skuad kebangsaan Indonesia menerima tamparan hebat selepas dibelasah oleh pasukan Australia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium Allianz baru-baru ini.
Tuan rumah nyata tampil jauh lebih baik dari segala sudut sekaligus mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas pasukan pelawat.
Baca Juga:
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Bukan Permulaan Diharapkan Buat Kluivert, Indonesia Dibelasah Australia
- Indonesia Diperkuat Tiga Pemain Warisan Baharu
- Malaysia Bukan Lagi Destinasi Utama Pekerja Indonesia
Pasukan Indonesia Jadi Bahan Ketawa Di Sosial Media
Kekalahan ini mendapat perhatian dari peminat bola sepak di rantau Asia Tenggara dan juga dunia dimana mereka menjadikan skuad garuda sebagai bahan ketawa.
Indonesia sacked Shin Tae-yong for Patrick Kluivert, only to be humiliated by Australia pic.twitter.com/fLs7l0BPhY
— Troll Football (@TrollFootball) March 20, 2025
Salah satu laman troll ternama iaitu Groll Football memuat naik gambar bekas pengendali pasukan iaitu Shin Tae-yong yang sedang ketawa.
“Mereka memecat Shin Tae-yong dan menggantikannya dengan Patrick Kluivert hanya untuk dibelasah Australia,” tulis akaun tersebut.
Peminat dari Singapura juga tidak melepaskan peluang dimana salah satu akaun menulis skuad Garuda sebagai memalukan.
“Memang memalukan. Kalau mereka tidak layak dengan pasukan yang dipenuhi pemain kacukan Belanda yang seperti barangan reject, bagi saya mereka bukan sebuah negara,” tulis akaun tersebut.

Sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 10 September 2024.
Penyokong Indonesia hampa selepas sepakan penalti yang diambil Kevin Diks sekadar singgah di tiang gol.
Tersentak dengan dua ancaman bahaya tersebut, barisan pemain tuan rumah memperkemaskan aksi untuk menghadirkan jaringan diharapkan.
Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-18 apabila Martin Boyle tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti bagi memisahkan kedua-dua pasukan.
Sepakan penalti itu diberikan selepas pengadil perlawanan membuat rujukan Video Assistant Referee (VAR) berikutan kekasaran Nathan Tjoe-A-On terhadap Lewis Miller.
Jaringan pembukaan itu jelas meningkatkan moral anak buah Tony Popovic yang hanya memerlukan dua minit selepas itu untuk menambah jaringan kedua.
Gol itu berpunca daripada umpanan cantik daripada Aziz Behich terus mencari Nishan Velupillay yang meluru pantas meninggalkan pertahanan Indonesia.
Indonesia cuba bangkit merapatkan defisit jaringan dengan kembali menguasai permainan, tetapi barisan pemain Australia tidak memberikan ruang buat skuad kendalian Patrick Kluivert itu untuk mendapatkan jaringan.
Sebaliknya, Jackson Irvine menambah jaringan ketiga pada minit ke-34 hasil gerakan pendek cantik bagi mengukuhkan lagi kedudukan buat skuad Socceroos.

Memasuki babak kedua, Indonesia bermula dengan baik dengan tekanan dilakukan hingga mendapat peluang pada minit ke-53, namun rembatan Ole Romeny dalam kawasan penalti dinafikan Ryan.
Gol keempat disudahkan Miller dengan tandukan yang membolosi gawang Indonesia selepas beliau mendapat umpanan Craig Goodwin ketika sepakan penjuru untuk menjadikan kedudukan 4-0.
Skuad Garuda yang tidak berputus asa berupaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-78 menerusi jaringan Romeny setelah beliau menghukum kealpaan Jason Geria dalam kawasan penalti.
Tekanan itu bagaimanapun tidak langsung menghalang Australia untuk terus mendapatkan jaringan dan Irvine menjaringkan gol kedua peribadinya menerusi tandukan pada minit ke-90.
Kemenangan penting dilakarkan meletakkan Australia kini ditangga kedua dengan 10 mata manakala Indonesia pula kini ditangga kelima dengan enam mata.